Umpama berada di kelab malam, pasangan pengantin sakan menari beramai-ramai dimajlis perkahwinan mereka

PENGANTIN lazimnya akan mengikuti aturcara majlis perkahwinan yang disusun iaitu bermula daripada akad nikah, diikuti persandingan, makan beradap dan memotong kek.

Majlis walimatul urus berlangsung meriah sama ada secara sederhana mahupun besar-besaran mengikut kemampuan dan tema pilihan masing-masing.

Bagaimanapun, baru-baru ini tular di laman sosial video yang memaparkan acara majlis yang sedikit luar biasa yang mana suasana dihias tidak ubah seperti kelab malam.

Menerusi video yang tular, sepasang pengantin yang dipercayai dari negara jiran berarak masuk ke dalam dewan.

PENGANTIN PEREMPUAN KELIHATAN ANGGUN DALAM PERSALINAN BUSANA KEBAYA MODEN DAN BERHIJAB MANAKALA PENGANTIN LELAKI PULA SEGAK MENGGAYAKAN SUT BERONA KELABU.

Kedua-dua mempelai yang berpegangan tangan kemudian dapat dilihat menari secara mengikut lagu rancak berentak disko yang dipasang.

Turut kelihatan seorang lelaki berperanan seperti DJ di kelab sedang memutar piring hitam tanpa henti.

Video berdurasi 33 saat yang meraih lebih satu juta tontonan itu turut memaparkan kepulan asap dan lampu berkelipan.

Majlis perkahwinan berkenaan yang dipercayai diadakan di Kerawang, Jawa Barat, Indonesia itu menerima pelbagai reaksi warga maya.

Menurut Pejabat Mutfi Wilayah Persekutuan, mengadakan walimah atau majlis perkahwinan adalah dituntut selepas pernikahan dilangsungkan.

Al-Walimah bermaksud berhimpun atau berkumpul kedua pasangan suami isteri berkumpul padanya (majlis perkahwinan).

Majlis perkahwinan hukumnya ialah sunat muakkad dan disunatkan kepada pengantin untuk mengadakannya.

Terdahulu, Ketua Penolong Pesuruhjaya (Bahagian Pengurusan Masjid) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (UHEAT), Aizi Saidi Abdul Aziz, menerusi Sinar Harian tampil menjelaskan tentang acara menari dalam majlis perkahwinan mengikut pandangan Islam.

MENURUTNYA, PERSEMBAHAN ITU DISIFATKAN SEBAGAI HARAM DI SISI AGAMA DAN TIDAK SEPATUTNYA BERLAKU KERANA IA BERCANGGAH DENGAN SYARIAT ISLAM.

Bak kata orang lama, melangsungkan perkahwinan itu seumpama mendirikan masjid. Justeru, kepada bakal pengantin atur acara perkahwinan sebaiknya ya.

Jika ingin mencipta kelainan sekalipun, elakkan perkara yang tidak manis dipandang masyarakat apatah lagi bertentangan dengan agama. Berikut beberapa reaksi warga maya yang menyifatkan perkara berkenaan tidak sepatutnya berlaku lagi-lagi ianya merupakan majlis bagi orang Islam

Cintakan dunia, takutkan mat!

Mungkin bertemu jodoh ditempat yang sebegitu

Tunggu bala jer kot

VIDEO:

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*