“Woi, bukakla pintu ni !!” – APA YANG JIRAN NI SUKA BUAT MEMANG BUAT RAMAI JIRAN LAIN MARAH

Gambar sekadar hiasan.

BERBAIK sesama jiran memang dituntut dalam Islam, lagi2 jika tinggal di flat atau rumah taman. Tetapi apa yang bakal diceritakan oleh pengguna FB ini bakal mengubah pandangan kita mengenai jiran. Ikuti cerita beliau di bawah.

Salam .. Sy penah cerita kan mengenai jiran sy yg suka duduk rumah sy dari pagi sampai kepetang .. Kelmarin dia datang lagi dengan anak dia .. Waktu tu sy dalam rumah .. Dia panggil2 sy .. Sy diam lansung tak bukak pintu .. Xsampai 5 minit, die jerit “woiii bukak pintu nih”. Aku panas nih dok kat luar. Anak aku nak main dengan anak kau. Terkejut sy dalam rumah

Die ketok pintu kuat2 suruh sy bukak gak pintu .. Memang tak la sy bukak .. Xlama lepas tu dia diam .. Sy intai ikot tingkap, dia jalan lenggang-lengok balik rumah dia.

Kelmarin sy ada tanya jiran2 lain mengenai dia sebab sy sebnrnya baru dok sini 4 bulan .. jiran lain cakap memang perangai dia anak beranak suka dok rumah org 24jam.

Mak dia pon macam tu .. Kalau pergi rumah org buat mcm rumah sendiri .. Patutla dia dtg rumah sy dia buat air sendiri .. terkangkang depan tv .. siap mandikan anak dia kt rumah sy lagi .. Bukak tudung saji kat dapor .. Kalau tengok ada makanan dia akn terus makan.

Waktu dia datang sy tak bukak pintu tu waktu pagi .. Petang dia datang lg siap bawak adik2 dia lg 3 orang .. Suruh panggil2 saye .. Bising sangat .. sy bukak tingkap terus jerkah .

“Anak aku nak tidor nih, t0l0ng jgn bising kat sini ..

Dia terus cakap bukak lah pintu aku nak masuk nih .. Anak aku nangis2 nak main ngn anak ka .. Sy geram sgt sy cakap suami sye xbg dah org selalu dtg rumah kami.

Sebab byk kerja aku xsempat siap sebab anak aku xtidor .. tapi blh plak dia cakap “ehhh bila masa pulak laki kau marah”? .. Selalu aku dtg laki kau diam jer .. Memangla laki aku diam tapi belakang kau dia potpet2 kat aku.

Dia buat muka tak puas hati dn akupun terus tutup tingkap .. Dia tak reti nak balik, dok memekak depan rumah aku dekat sejam gak .. Dia ingat aku nk bukak pintu.

Petang tu laki aku balik .. Dia nampak terus datang .. Masa laki aku kat tempat kerja aku dah mesej dah awal2 cakap perempuan tu dtg wat bising lg .. Masa dia datang depan rumah aku laki aku tanya “ada ape ni datang rumah”?

Sy tak suka waktu sy kerja org dtg rumah sy .. Rumah kami ni ada anak kecik, tak boleh stress2 .. nanti sakit sy yang susah .. Boleh pulak dia buat2 lembut lemah gemalai depan suami sy cakap dia bosan kat rumah.

Suami aku sound terus kalau bosan pergi mengaji bkn dtg umah org .. Dia terus balik .. Semalam dia dtg lg. Sbab dia nampak kitaorg nk keluar .. Kitaorg nak keluar cari barang dapor kat pasaraya .. Dhla pkai kemain seksi lagi.

Tnya kitaorg nk pi mana tapi sy diam je, suami sy jer jawab nk kluar cr barang .. Boleh pulak dia cakap nk ikot sama .. Suami terus cakap “maafla kitaorg nk pi tempat lain lpas cr barang nnt” .. Sy terus masuk kereta. Suami pn sama.

Dalam kereta suami membebel xbhenti marahkan sy sbab berkawan dengan dia .. Suami dah bagi amaran tak bagi sape2 masuk rumah lagi lepas ni .. Kalau ade hal penting ngan jiran tlg sembang dkat luar rumah.

Harap perempuan tu tak kacau lg rumah kami .. Kalau tak memang suami nk report sbab dikira menggangu .. Ramai juga rupenya yang ada masalah dengan jiran ni.

Kebanyakan jiran suka buat hal sendiri je. Tidak boleh untuk hadap pelbagai masalah apabila hidup bermasyarat. Ini antara reaksi warga net mengenai perkongsian ini.

Melihat kepada komen-komen dr warganet, rata2 nya marah dengan tindakan jiran tersebut yg suka menepek dirumah jiran lain seperti tiada kerja yg hendak dibuat dirumah sendiri. Apa-apapn, kami kongsikan sedikit komen tersebut buat tatapan pembaca.

Kalau sekadar berborak itu bende biase

Jiran tetangga banyak ragam

Saya tak suka lepak, nnt menjurus mengata itu ini

Sumber: FB Aku Anak Ayah

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*