[Video] ‘Esok saya taknak tengok nasi lemak jual disini, DBKL kata saya berkuasa kat sini. Faham?!’ – Kerana berniaga makanan yang sama, peniaga baru “diserang” serta dihalau

peniaga_durjana

KUALA LUMPUR: Selalu kita dengar bila berniaga janganlah timbul perasaan dengki sesama peniaga dan bersaing secara sihat serta sentiasa yakin masing-masing punyai rezeki yang sudah ditentukan oleh Allah.

Malangnya, tidak bagi seorang peniaga nasi lemak ini yang memilih untuk menghalau pesaingnya dengan cara “memaki hamun”, bagaikan tidak percaya dengan kemampuan produk jualannya sendiri.

Tular di media sosial baru-baru ini, seorang peniaga nasi lemak yang baru sahaja memulakan perniagaannya “diserang” oleh peniaga nasi lemak yang dikatakan sudah lama bertapak di kawasan itu dengan alasan, kawasan itu merupakan kawasan “jajahannya” dan tiada sesiapa yang boleh menjual nasi lemak melainkan dia sahaja disitu.

Malah, makcik berkenaan turut memberi amaran untuk peniaga baru tadi ‘berambus’ dari kawasan itu dan tidak ingin melihat mereka berniaga di kawasan tersebut lagi.

“Member baru buka kedai nasi lemak, baru sebulan. Tiba-tiba datang makcik ini dengan seorang lelaki, serang kedai dia, maki-maki sebab jual benda sama.

“Orang baru nak mula meniaga dah kena macam ni pulak,” katanya.

Berdasarkan video berdurasi 3 minit lebih itu, lelaki terbabit menegur tindakan pengadu yang menjual benda yang sama. Kejadian ini dikatakan berlaku disekitar Taman Tun, berdekatan Mr. DIY.

Lelaki: “Sekarang ini isu dia satu je. Awak meniaga benda yang sama dengan benda yang kita jual. Hormatlah sikit peniaga-peniaga yang lain. Masalahnya DBKL dah buat teguran hari tu, pasang khemah kat sini.”

Makcik: “Saya tak nak bercakap dengan awak banyak-banyak. Saya nak tanya, siapa yang incharge sini? Siapa yang incharge di sini sebenarnya?”

Peniaga baru: “Sayalah.”

Makcik: “Esok, saya tak nak tengok nasi lemak ini di sini, okey?! Faham? DBKL dah beritahu hari tu kan? Dia cakap saya yang berkuasa kat sini. Saya tak nak tengok nasi lemak awak dijual kat sini.”

Peniaga baru: “Astaghfirullahalazim..”

Makcik: “Eh tak payah mengucaplah, kalau awak ni… ha.”

Di media sosial, netizen mengecam tindakan wanita terbabit yang mengancam pesaingnya, sedangkan masalah itu boleh dibincang secara baik tanpa perlu meninggikan suara, mahupun menghalau peniaga baru itu.

“Itulah sebab Melayu tak pernah nak maju, tak bersyukur. Kalau itu rezeki kau, kau dapat. Kalau bukan kau, kalehlah ikut mana tetap bukan. Biarlah ia nak jual benda yang sama ke apa. Kau pun jual di tepi jalan je. Kalau cina berniaga, siap support lagi kawan sebelah walaupun sama,” kata Cupcake.

Berlainan pula bagi Fiza yang berpendapat, sepatutnya peniaga baru itu menjual benda yang lain atau meninjau dulu gerai di kawasan itu bagi mengelak berlakukan kejadian seumpama itu.

“Simple rules kalau nak niaga. Pertama buat tinjauan di kawasan itu, bertanya pada orang di situ boleh tak nak berniaga di sini. Kedua, tengok menu setiap gerai dan kalau sama, elakkan berniaga di situ.

“Ketiga, kalau nak berniaga di situ juga, buatlah menu yang lain,yang tiada dijual oleh peniaga di situ.

“Mudah saja, buat apa nak bergaduh. Memanglah rezeki masing-masing tetapi mana nak datang rezeki kalau dah jadi begini?” katanya.

Melihat kepada komen, rata-rata netizen mengecam dan menyelar tindakan makcik berkenaan yang dikatakan tidak percaya kepada makanan yang dikatakan telah lama dijual disitu.

Komen-komen:

Rezeki dari Allah ..

Hebat ko makcik

Video:

Sumber: FB Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary Idola Kami

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*