
BARU-BARU ini, pelawak dan juga seorang usahawan pencuci mulut BubbleBee iaitu Shuib Sepahtu telah melantik seorang TikToker sebagai ikon BubbleBee.
Ramai terhibur dengan gandingan pelawak dan TikToker tersebut iaitu Ryan Bakery dengan video pendek memperomosikan produknya.
Menjelaskan pelantikan ikon tersebut, Shuib memaklumkan ia bukanlah ‘pilihannya’ namun anak-anaknya.
“Segalanya bermula apabia anak–anak saya mula menunjukkan content Ryan Bakery kepada saya. Mereka kata Ryan Bakery ni kelakar.”
“Terutamanya Uwais. Dia kata: ‘Takkan you tak kenal dia. You cakap you kenal Syamsul lah, Sharnaaz lah.. Takkan dia you tak kenal.’”
“Saya kata saya boleh dapatkan dia, tapi nak buat apa? Rupanya anak saya nak video call. Jadi, saya DM Ryan Bakery dan tunaikan hajat anak–anak untuk video call dengannya.”
“Dari perbualan video call itu, saya dapat rasa vibe yang baik daripadanya,” ujar Shuib kepada Gem’pak.
Menurutnya lagi, Ryan merupakan seorang yang boleh mewakili golongan yang tertumpu kepada platform TikTok.
“Terdahulu, golongan yang banyak mempromosikan BubbleBee adalah rakan–rakan selebriti saya. Jadi, apabila melihat Ryan Bakery ni, saya rasa dia boleh tarik crowd yang berbeza di TikTok.”
“Sebelum saya lantik dia jadi ikon, kami buat percubaan menerusi satu video dulu. Dari situ saya lihat kesungguhan yang dia tunjukkan untuk menghasilkan kandungan yang terbaik.”
“Saya suka tengok kandungan yang dia buat.. sebab kandungan–kandungan itu memang mirip komedi zaman saya.”
“Dalam masa sama, saya juga hargai kesungguhannya dalam bidang ini. Daripada orang biasa dan alhamdulillah dia kini dikenali,” tambahnya lagi.
Terdahulu, Shuib dan Ryan tampil dengan sebuah si’lent komedi dan menerusi video tersebut warganet menyambut baik gandingan mereka berdua.
Sumber: Gempak / ryanfahmibakery / shuibsepahtu
Terima kasih kerana sudi membaca!
Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply