
SEBELUM ini, Neelofa telah pasarkan produk inai dan telah meraih pelbagai reaksi daripada penggunanya serta ada juga yang mendakwa bahawa inai tersebut tidak sah untuk dibawa solat.
Terbaharu, Neelofa di Insta story miliknya berkongsi bahawa orang ramai sudah boleh membeli produk tersebut di Shopee Innai NunHa HQ. Isu ini telah meraih perhatian ramai pihak terutama sekali agen dan stokis.
Menerusi satu perkongsian di Facebook, ada yang berasa tidak puas hati apabila Neelofa membuka jualan produk Innai NunHa di Shopee kerana ia akan menganggu jualan agen dan stokis.
Mana tidaknya, bukan mudah untuk agen dan stokis mahu menghabiskan stok yang dipegang mereka jika HQ sudah mula jual produk tersebut. Perkongsian tersebut juga mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen mengatakan tindakan Neelofa seperti ‘menikam belakang’ agen dan juga stokis.
Menjengah ke ruangan komen, para netizen berpendapat bahawa hal ini tidak sepatutnya terjadi kerana akan menjejaskan jualan stokis dan agen yang bertungkus lumus memasarkan produk tersebut.
Didakwa Miliki Pelbagai ‘Pantang Larang’, Segelintir Netizen Kecewa Dan Kritik Hasil Inai Neelofa
UMUM mengetahui bahawa Neelofa telah mengeluarkan produk terbaharu iaitu inai yang dikenali sebagai Innai NunHa dan boleh dikatakan produk tersebut menerima sambutan hangat dalam kalangan peminat apabila ramai mengatakan sudah mendapatkan produk itu.
Akan tetapi, kecoh di media sosial apabila mereka yang sudah mendapatkan produk inai itu berasa kecewa dengan produk tersebut. Malah, ada juga pengguna yang mengkritik produk tersebut kerana warnanya tidak seperti digambarkan dan kelihatan ‘lebam’ disebabkan tersepit pintu.
asli? I used to wear inai daun when I was a kid and I’m damn sure kalau biar kat luar or anything, when it’s dry, you can just add a bit of water to it then it’s good as new. ni pejadah oxidize pesemua https://t.co/iK09qWzGR7
— belle (@adlina_rosdi_) July 10, 2022
Tidak hanya itu, ada juga netizen yang menunjukkan kuku mereka tidak ‘menjadi’ apabila memakai inai tersebut. Malah, segelintir netizen juga mengatakan cara pemakaian inai tersebut di jari sedikit rumit dan penuh dengan pantang larang.
Namun begitu, segelintir netizen yang mengikuti cara pemakaian dan pantang larang produk tersebut berpuas hati dengan hasilnya. Bagi mereka yang berjaya menggunakan inai tersebut dan hasilnya cantik, mereka turut berkongsi cara betul pemakaian produk terbabit.
Terima kasih kerana sudi membaca!
Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply