
“BAIKNYA shuib. Terima kasih siti sarah sebab telah mengajar shuib untuk ringankan bersedekah..”
Nama Shuib Sepahtu tidak asing lagi dalam lndustri hiburan tanah air. Selain bergiat aktif dalam lndustri tersebut, beliau turut menubuhkan kafe rangkaian teh berasaskan madu lebah, Bubblebee yang beroperasi semenjak 2019.
Namun kejayaan yang dinikmati sekarang tidak datang dengan mudah. Jika rmai yang nak tahu, sebelum meraih populariti seperti ini, beliau pernah bekerja sebagai pekerja kilang dengan pendapatan hanya RM1,200 sebulan.
Tambahan pula, Shuib baru sahaja kehilangan isteri tercinta, Siti Sarah Raissuddin tahun lalu. Tapi walaupun telah diduga dengan pelbagai cabaran, beliau masih merupakan antara selebriti tanah air yang tetap humble dan disegani ramai.
Mengunjungi sebuah kedai makan, seorang lelaki mr_hanz7, tersermpak dengan pelawak terkenal, Shuib Sepahtu. Tak ingin menganggu privasinya, dia hanya memerhatinya dari jauh ketika dia makan bersama kawannya. Namun tindakan Shuib di sana membuatnya terharu. Sedang asyik menjamu selera, pelawak tersebut disapa oleh seorang adik kecil yang menjual aneka kerepek dari meja ke meja.
Tidak sampai hati untuk menolak jualannya, Shuib membeli dan menyedekahkan sedikit wang untuk adik kecil itu. Meskipun dia segan untuk menerima pemberian itu, Shuib cuba memujuk adik itu yang akhirnya menerimanya.
Menyaksikan perkara itu, lelaki itu kagum dengan sifat pemurah yang dimiliki oleh Shuib. Tambahan pula, dia berasa mungkin ini antara sebabnya beliau memiliki kekayaan seperti sekarang kerana sering bersedekah pada mereka yang memerlukan.
Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut berasa terharu melihat tindakan mulia selebrti itu.
Rakaman yang tular
Reaksi warga maya
Terima kasih kerana sudi membaca!
Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply