[VIDEO] Viral Serpihan Roket China Seperti Meteor Di Ruang Langit Malaysia Pagi Tadi

[VIDEO] Viral Serpihan Roket China Seperti Meteor Di Ruang Langit Malaysia Pagi Tadi

PENDUDUK Sarawak dikejutkan dengan kelibat beberapa serpihan roket China yang ‘turun’ ke Bumi melalui ruang udara negeri itu kira-kira jam 12.50 tengah malam tadi, memetik kenyataan Info Sibu.

Menurut Info Sibu, siaran Youtube The Launch Pad turut melaporkan perkara tersebut secara ‘live’ dan meminta agar penduduk Sarawak yang terjumpa dengan sisa itu untuk menjauhinya demi kesihatan kerana dipercayai terdapat sisa radioaktif.

Menurut Info Sibu lagi, terdapat goresan panjang ‘muncul’ di udara dipercayai sisa wap air yang terbentuk daripada haba panas sisa serpihan tersebut atau dipercayai ia berkecai di situ.

Maklum laporan itu, goresan daripada serpihan roket China berkenaan muncul kira-kira sejam selepas penduduk sekitar Sarawak dilapor terdengar bunyi letupan kuat di udara.

“Letupan yang kuat didengari ialah apabila jasad logam terbakar itu menembusi atmosfera basah yang tumpat.”

“..dan sisa dipercayai mungkin jatuh di jalur wilayah di antara Bekenu, Miri, Brunei, Limbang, Lawas, Beaufort dan bahagian selatan Pantai Barat Sabah,” memetik Info Sibu.

Sementara itu, tular di media sosial rakaman-rakaman memaparkan kemunculan serpihan roket tersebut yang melalui ruang udara Sarawak, dipercayai menjunam ke arah bawah.

Rakaman yang tular

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*