[VIDEO] “Baik Tak Payah Post Kalau Sorok” Neelofa Tampil Balas Komen Netizen

[VIDEO] "Baik Tak Payah Post Kalau Sorok" Neelofa Tampil Balas Komen Netizen

KEPUTUSAN pengacara Neelofa kekal menyembunyikan wajah anak sulungnya meskipun sudah berusia enam bulan mengundang rasa kurang senang netizen.

Segelintir mereka berpendapat Neelofa seharusnya tidak memuat naik sebarang perkongsian melibatkan anaknya, Muhammad Bilal sekiranya enggan mempamerkan wajah.

“Baik tak payah post (muat naik) kalau sorok-sorok macam ni apa maknanya?,” komen netizen.

Komen itu ditinggalkan seorang netizen dalam perkongsian Instagram Neelofa yang menunjukkan Bilal sedang tidur di kerusi bayi.

Neelofa bersama suami, Haris dan anak mereka Muhammad Bilal.

Bagaimanapun wajah anaknya itu ditutup dengan sebuah bantal kecil berwarna kelabu.

Tampil menjawab komen netizen itu, Neelofa memberitahu dia akan menunjukkan wajah anaknya itu apabila tiba masanya.

“Biarlah saya nak post apa pun, sampai masa nanti saya akan tunjuk,” kata Neelofa.

Dalam hantaran tersebut, Neelofa turut meluahkan rasa syukur atas kelahiran anak lelakinya itu dan mendoakan kesejahteraan anak-anak lain agar sentiasa dalam perlindungan Yang Maha Esa.

Netizen mengkritik tindakan Neelofa yang gemar memuat naik gambar anaknya sambil menutup muka Muhammad Bilal.

“Anakku Muhammad Bilal genap enam bulan hari ni. Tiada perkataan yang boleh gambarkan perasaan saya dan suami setiap kali bercakap tentang anak soleh ni.”

Biarlah saya nak post apa pun, sampai masa nanti saya akan tunjuk.

“Moga sentiasa dalam lindungan dan agaan Allah SWT. Semoga semua anak-anak kecil di luar sana juga sentiasa dalam kebaikan dan perlindungan Allah ya Hafidz ya Muhaimin,” tulisnya di Instagram pada Jumaat.

Puji berlebihan pun jadi punca peny4kit ain. Pu Syed komen tindakan Neelofa sorok muka anak

TINDAKAN segelintir selebriti memilih untuk tidak mendedahkan wajah anak ketika bayi adalah wajar bagi mengelakkan terkena peny4kit ain.

Dalam hal ini, Pencetus Ummah (PU) Syed memberitahu penyakit ain ini benar-benar wujud dan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Ia bukan sahaja disebabkan pandangan orang yang mempunyai hasad dengki, malah melalui pujian juga boleh mendorong kepada peny4kit ini

“Ain ni adalah pandangan mata seseorang terhadap seseorang samada pandangan dengki atau pandangan taajub.”

“Peny4kit ni boleh datang daripada orang yang benci dengan kita dan daripada orang yang soleh.”

“Bila ada orang tak tunjuk gambar anak di media sosial pada awal usia ia adalah tujuan untuk keselamatan sebab kita takut terkena peny4kit ain,” katanya.

Kecoh Neelofa sorok muka anak guna sticker… PU Syed kata penyakit ain itu benar!

Sebelum ini, ada segelintir netizen berasa kurang senang dengan tindakan Neelofa menyembunyikan wajah anaknya Muhammad Bilal dengan meletakkan sticker pada foto yang dimuat naik di laman sosial

Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu.

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*