Sering Beri Rezeki Dalam “Live” Di TikTok, Sultan Pemurah Diuji Sakit Tak Dapat Diubati

Sering Beri Rezeki Dalam "Live" Di TikTok, Sultan Pemurah Diuji Sakit Tak Dapat Diubati

BARU-BARU ini dalam satu sesi live di TikTok, Ryan menerima hadiah ‘Singa’ oleh Sultan Pemurah berkali-kali sehingga mengejutkan pemuda itu yang bimbang andai Sultan Pemurah tersilap memberi gift mewah berkenaan berulang kali.

Dalam live itu, Ryan berkata beliau hanya mahu bersembang santai dengan para pengikut tetapi hadiah yang diterima daripada Sultan Pemurah sangat tidak dijangka.

Kini nama Sultan Pemurah menjadi sebutan ramai di platform TikTok kerana sepadan namanya, beliau ‘tidak berkira’ dalam memberi gift atau hadiah kepada influencer di TikTok. Dikatakan bukan hanya Ryan, beliau banyak memberi “gift” yang mewah di siaran langsung “influencer” lain di laman TikTok.

Doakan saya semoga cepat sembuh

Didakwa pemilik akaun Sultan Pemurah menggunakan nama Sultan Pemurah Tan Sri di laman Facebook.

Berkongsi satu hantaran di Facebook miliknya dengan kapsyen “doakan saya semoga cepat sembuh”. Ramai warga maya yang bertanya akan sakit apa yang dihadapi oleh Sultan Pemurah.

Hantaran Sultan Pemurah di akan Facebook miliknya.
Jawapan Sultan Pemurah kepada yang bertanya akan sakitnya.

Ada yang mendakwa bahawa Sultan Pemurah mendapat penyakit kanser otak berikutan beliau ada berkongsi satu hantaran mengenai testimoni penyakit kanser otak di Facebooknya. Namun tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Sultan Pemurah juga seperti akan tahu tarikh kematiannya. Namun ini adalah hanya anggapan warga maya sahaja.

Bila kita tahu bila ajal kita… sudah tentu semua kebaikan di ajukan. Sertakan kesedihan.

Namun, ini dikuatkan lagi dengan satu hantaran dari beliau sendiri yang menulis “jika saya stop dari posting… maknanya saya sudah tiada…”

Ramai yang mendoakan kesembuhan dan dikuatkan semangat Sultan Pemurah dalam menghadapi sakit yang dialaminya.

“Kekayaan tdk menjaminkan kesihatan melainkan mencegah dan berdoa & trus berdoa…”

“umur saya tdk sampai 40 tdk kurang 30 tahun… ada anak 1”

“Sultan nak ingatkan korang… susah manapun kita… kita kena ada sedekah… iaitu senyuman manis terhadap hambah2 Allah”

Tulisan ayat diatas adalah antara antara tulisan-tulisan Sultan Pemurah di laman Facebooknya.

Walaubagaimanapun identiti sebenar Sultan Pemurah masih kekal misteri. Semoga Sultan Pemurah diberi kesembuhan dari penyakit yang dihadapinya dan murah rezeki.

Kredit Facebook: Sultan Pemurah Tan Sri

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*