
SEEKOR buaya muncul semula di kawasan lombong tinggal di Kampung Tepoh, Kuala Nerus.
Pengarahnya, Dr Abdul Malek Mohd Yusuf berkata, reptilia yang digelar penduduk setempat sebagai ‘Mamat’ itu merupakan haiwan ganas dan ia dikhuatiri akan menyerang manusia sekiranya berasa terancam.
“Tindakan penduduk mendekati buaya tembaga itu pada jarak sangat hampir adalah sangat berbahaya.”
“Walaupun Mamat dikatakan jinak ketika masih kecil, namun sifat pemangsa sebagai buaya tetap ada apatah lagi saiznya kini dilihat semakin membesar boleh mengundang bahaya,” katanya pada Jumaat lalu.
Menurut Abdul Malek, Perhilitan ada menerima aduan mengenai kemunculan semula ‘Mamat’ dan pihaknya akan memasang perangkap untuk memindahkan haiwan tersebut dalam masa terdekat.

Sinar Harian pada Khamis melaporkan saiz seekor buaya tembaga digelar Mamat yang muncul semula di kawasan lombong tinggal di Kampung Tepoh, Kuala Nerus dikatakan semakin membesar.
Menerusi video dimuat naik seorang pengguna laman sosial Facebook, Anuar Ngah pada Rabu, dia mengatakan saiz reptilia yang dianggarkan berusia enam tahun itu kini dipercayai mencecah 5.79 meter.
Sebelum ini, pada 2019 kisah Mamat menarik perhatian penduduk di sekitar kampung itu apabila ia muncul kembali setelah menghilangkan diri selama dua tahun di kawasan lombong tinggal itu.
Saiz Mamat pada waktu itu bertambah besar malah reptilia yang dianggarkan berusia lima tahun ketika itu dikatakan membesar hampir tiga meter.
Kisah Mamat sebelum ini pernah tular pada 2016 ketika reptilia pemangsa itu sebesar satu meter ketika ditemui penduduk kampung di kawasan berkenaan.
Saiz ‘Mamat’ semakin membesar
Saiz seekor buaya tembaga digelar Mamat yang muncul semula di kawasan lombong tinggal di Kampung Tepoh di sini dikatakan semakin membesar.
Menerusi video dimuat naik seorang pengguna laman sosial Facebook, Anuar Ngah pada Rabu, dia mengatakan saiz reptilia yang dianggarkan berusia enam tahun itu kini dipercayai mencecah 5.79 meter.
Berdasarkan status dimuat naik itu, Anuar berkata, dia berharap pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dapat mengambil tindakan kerana saiz haiwan tersebut semakin membesar.
“Harap pihak Perhilitan dapat pindahkan Mamat ke habitat yang sesuai kerana saiznya dilihat semakin besar,” katanya.

Dalam pada itu, beberapa video memaparkan aksi Mamat yang dikongsi Anuar Ngah di laman Facebooknya mendapat pelbagai reaksi netizen.
Rata-ratanya terkejut menyaksikan perubahan saiz buaya tersebut.
Sebelum ini, pada 2019 kisah Mamat menarik perhatian penduduk di sekitar kampung itu apabila ia muncul kembali setelah menghilangkan diri selama dua tahun di kawasan lombong tinggal itu.
Saiz Mamat pada waktu itu bertambah besar malah reptilia yang dianggarkan berusia lima tahun ketika itu dikatakan membesar hampir tiga meter.

Kisah Mamat sebelum ini pernah tular pada 2016 ketika reptilia pemangsa itu sebesar satu meter ketika ditemui penduduk kampung di kawasan berkenaan.
Bermula dengan memberi makan, hubungan Mamat dan penduduk sekitar kawasan itu mula erat malah telatah haiwan itu yang jinak dan tidak agresif menyebabkan penduduk kampung itu mula menyayangi haiwan berkenaan.
Pada Oktober 2019, Perhilitan Terengganu telah memasang perangkap bagi menangkap buaya berkenaan bagi menjamin keselamatan penduduk kampung sekali gus mengelakkan insiden tidak diingini berlaku.
Bagaimanapun, kelibat Mamat dikatakan tidak kelihatan selepas itu dan Mamat dikatakan gagal dikesan kerana telah menghilangkan diri.
Rakaman yang tular
Terima kasih kerana sudi membaca!
Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply