![[VIDEO] Imej Kampung Terjejas Gara Gara Tiktokers Dakwa Nampak Penanggal Di Dungun [VIDEO] Imej Kampung Terjejas Gara Gara Tiktokers Dakwa Nampak Penanggal Di Dungun](https://www.kiniberita.info/wp-content/uploads/2022/07/APK-NEW-SAIZ-1000-2022-07-21T125214.575-678x381.png)
BARU-BARU ini kecoh di media sosial dakwaan seorang wanita terserempak dengan lembaga yang dikatakan menyerupai penanggal.
Ketika kejadian, wanita berkenaan yang dikenali sebagai Kak Zura Petir sedang membuat sesi ‘live’ di akaun TikTok semasa dalam perjalanan dari Johor Bharu ke Dungun. Tiba di Kuala Abang, dia mendakwa melihat penampakan tersebut. Video diakhir artikel ini.
Sejak tularnya dakwaan itu, penduduk di kampung berkenaan mula dilanda ketakutan. Pelbagai cerita yang tersebar sehingga ada yang percaya dan tidak kurang juga mengatakan dakwaan Kak Zura itu mengarut.
Video tular itu turut menarik perhatian seorang ahli paranormal, Ossasuka Hikaru (OH), untuk ‘turun padang’ bagi merungkai sendiri dakwaan Kak Zura. Hasil siasatannya mendapati, dakwaan itu bukan sahaja palsu, malah telah menjejaskan imej kampung tersebut.
“Siapa yang kenal ‘OH’ mereka tahu bukan sewenang-wenangnya untuk saya mengiyakan sesuatu perkara yang melibatkan perkara-perkara ghaib atau makhluk halus tanpa usul periksa. Jadi, melihat pada reaksi perempuan berkenaan, saya boleh katakan itu bukan seperti dibuat-buat ataupun lakonan. Tetapi bermain di fikiran saya, adakah benar dia nampak penanggal?
“Untuk mendapatkan kepastian, saya bersama team turun ke lokasi untuk mengetahui perkara sebenar berkenaan dengan penanggal ini,” katanya.
Tiba di lokasi, ada penduduk menafikan dakwaan itu dan menegaskan penampakan seperti itu tidak pernah berlaku. Lebih teruk lagi, dakwaan Kak Zura telah menyebabkan penduduk kampung hidup dalam ketakutan.
“Bila sampai di lokasi, ramai penduduk kampung datang melihat aktiviti kami dan memberi beberapa info berkenaan dengan dakwaan yang diviralkan itu. Ada seorang pakcik yang tinggal berdekatan dengan BHP mengatakan, sudah hampir 40 tahun dia menetap di sini, memang langsung tak pernah ada kejadian seumpama itu yang melibatkan ‘penanggal’.”
“Orang kampung, anak-anak kecil, perempuan yang kerja balik pada waktu malam mula ketakutan dengan berita yang tersebar itu,” katanya.
Selain itu, dakwaan Kak Zura telah menyebabkan penduduk berdepan dengan beberapa masalah seperti peniaga mula kekurangan pelanggan yang tidak mahu keluar rumah. Hal ini memaksa mereka terpaksa menutup kedai seawal jam 8 malam.
Justeru, OH menggesa Kak Zura tampil membersihkan nama baik kampung itu agar para penduduknya dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa.
Sekiranya dibiarkan berterusan, orang ramai akan menganggap kampung itu berhantu Selain itu, perusahaan homestay dan chalet akan turut menerima tempias.
“Awak (Kak Zura) harus bersihkan kembali nama kampung berkenaan disebabkan tindakan awak yang tidak tahu hal sebenar, memuat naik dakwaan itu di media sosial sehingga tersebar luas,” katanya.
Walaupun begitu, penduduk kampung tidak menolak kemungkinan penampakan yang dilihat oleh Kak Zura itu sebenarnya adalah Pok Long (orang kurang sihat) yang sentiasa menyelubung kain pelikat di atas kepala dan meminta rokok dari kereta atau kenderaan yang berhenti di kawasan itu.
OH juga sempat bertemu dengan pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun di mana dia dimaklumkan polis sedang giat membanteras kegiatan pihak tidak bertanggungjawab yang melakukan aktiviti menakutkan penduduk kampung.
Penularan video Kak Zura itu telah memberikan kesan yang tidak baik kepada kampung berkenaan dan disebabkan itu, Ahli Jawatankuasa Kampung (AJK) membuat laporan polis kerana keharmonian dan ketenteraman penduduk kampung sudah terjejas disebabkan video tular tersebut.
Rakaman yang tular
Ada 5 video yang telah di post di TikTok Kak_Zura. Anda boleh lihat semuanya DI SINI
Terima kasih kerana sudi membaca!
Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply