
GAMBAR-GAMBAR seorang warga emas berlari berkaki ayam mendapatkan anak buahnya yang juga merupakan seorang penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang rebah sewaktu perbarisan Hari Penguat Kuasa KPDNHEP di Maktab Penjara Kajang pastinya menjadi hal paling viral hari ini.
Kasih seorang bapa
Mana tidaknya, gambar yang dikongsikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi di akaun Facebooknya membuatkan warganet sebak kerana terkenangkan kasih seorang bapa.
Anak yatim piatu
Menerusi laporan dari Sinar Harian, Nik Mohd Adhar yang berusia 22 tahun itu memaklumkan bahawa dia merupakan anak yatim piatu dan sudah dibesarkan oleh bapa saudara, Abdul Aziz Ya’acob, 60 serta isterinya Rosmawati Ismail, 53 sejak kecil lagi.
“Abah, bapa saudara saya, Emak kandung saya meninggal dunia ketika saya berusia tiga bulan manakala ayah pula meninggal sewaktu saya berumur tujuh tahun,” katanya.
Dua kali rebah, dah 3 hari demam
Tambah Nik Adhar, ibu dan bapa saudaranya yang bekerja sebagai pemandu teksi sudah menganggapnya seperti anak mereka sendiri dan dia juga memanggil warga emas itu dengan panggilan mak dan abah.
Menurutnya, ketika kejadian, dia memang sudah tidak berapa sihat sejak tiga hari yang lalu. Bapa saudaranya melulu ke dalam barisan setelah kali kedua dia rebah.
“Sebenarnya semasa abah datang melulu tu, itu kali kedua saya rebah. Kali pertama saya masih boleh bangun dan kedua, abah datang,” katanya.

Anak angkat Asyraf Wajdi
Momen mengharukan tersebut juga telah mendapat perhatian Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki yang mengakui terkejut apabila gambar-gambar yang tular adalah anak angkatnya yang pernah bersekolah di Sekolah Geting Tumpat dan segera menghubungi pemuda itu untuk bertanya khabar.
Terima kasih kerana sudi membaca!
Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply