“Tak puas, nak lagi!” Ramai Suka Tengok Gandingan Shuib Dan Ryan Bakery

“Tak puas, nak lagi!” Ramai Suka Tengok Gandingan Shuib Dan Ryan Bakery

NAMA Ryan Bakery semakin mendapat tempat di hati netizen selepas menghasilkan kandungan video yang mengimbau zaman kanak-kanak sehingga meraih berjuta tontonan di aplikasi TikTok.

Terbaru, pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu menampilkan pemuda berusia 27 tahun itu dalam video lakonan bagi mempromosikan bisnes minuman miliknya iaitu BubbleBee. Video diakhir artikel ini.

Video berdurasi hampir seminit itu memaparkan Shuib sedang membeli beberapa menu BubbleBee sambil dipandang oleh Ryan yang membawa watak seorang kanak-kanak.

Kasihan melihat Ryan seolah-olah teringin untuk merasa, dia kemudian menghulurkan cawan aiskrim yang dibelinya sebelum dilarikan oleh ‘kanak-kanak’ tersebut.

Posting itu mendapat 48,000 tanda suka dan hampir 2,000 komen netizen termasuk rakan artis yang meluahkan rasa lucu dan terhibur melihat ragam kedua-dua watak berkenaan.

Malah, terdapat juga netizen menyifatkan gandingan itu berjaya dan tidak mengecewakan walaupun tanpa melibatkan sebarang dialog.

Tanpa mencipta kontroversi seperti segelintir pempengaruh media sosial lain, Ryan mempunyai kelompok peminat sendiri dengan pengikut sebanyak 2.2 juta di TikTok setakat ini.

Penunggu BubbleBee

Reaksi beberapa warga maya

Tak puas, nak lagi!

Tak pernah tak kelakar

‘Silent comedy’ pun kelakar

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*