
BARU-BARU ini seorang pengguna media sosial berkongsi pandangannya di Facebook mengenai pelanggan yang datang ke butik mewah.
Menurut wanita itu, dia tidak akan membazirkan masa memberi layanan sepenuhnya jika dia mendapati seseorang pelanggan itu melihat tanda harga barangan.
“Kalau pelanggan tengok tanda harga atau membelek-belek tanda harga barangan, dia berkemungkinan orang miskin dan saya tidak akan membazirkan masa untuk melayan pelanggan seperti itu,” katanya.
Difahamkan, wanita berkenaan mempunyai pengalaman bekerja sebagai jurujual kira-kira tujuh ke lapan tahun.
“Saya dah bekerja sebagai jurujual selama 7-8 tahun dan kebiasaannya apabila saya mendapati pelanggan melihat tanda harga, mereka memang tidak akan membeli barangan tersebut.”
“Pernah sekali ketika saya sedang melayan pelanggan, manager menjerit terhadap saya melalui ‘earphone’ dan menyuruh saya jangan bazirkan masa sangat melayan pelanggan itu.”
“Akhirnya, pelanggan itu hanya menyentuh barangan itu sedikit dan terus keluar,” katanya.
Ramai netizen yang terkejut dengan pendedahan wanita berkenaan yang tergamak memandang rendah terhadap pelanggan hanya kerana mereka melihat tanda harga barangan.
“Saya rasa dia cakap macam tu sebab dia masih lagi bekerja sebagai jurujual. Dia tidak sepatutnya menilai orang seperti itu,” kata netizen.
“Kalau pembeli tengok price tag dulu untuk banding quality barang dgn harga bererti pembeli tu bijak peka & berjimat-cermat. Tak salah kan. Skg ni jurujual dpt gaji kayangan ke…”
“Tak semestinye pelanggan belek tanda harga itu miskin, org ini yg berduit dn brjimat , kami x nk layan jurujual mcm ni pilih pelanggan kaya, egko ingat org kaya byk ssgt”
“Saya pun tak nak bazirkan masa dengan jurujual yang suka memandang rendah pada orang lain,” tambah netizen lain.
Terima kasih kerana sudi membaca!
Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply