
LUMRAH menjadi selebriti, pastinya segala kisah kerjaya dan peribadi akan menjadi perhatian para media. Seperti penyanyi kumpulan Hujan iaitu Noh Salleh yang turut sama tidak terlepas apabila terdapat khabar angin mengenai rumah tangganya yang kini retak.
Tidak hanya berdiam diri, Noh tampil menafikan khabar angin tersebut semasa ditemui oleh media baru-baru ini. Namun apa yang menarik perhatian ramai ialah reaksi dari Noh ini yang telah membuatkan ada wartawan yang ‘koyak’ mendengar jawapannya itu.
Menerusi video yang dikongsikan Kosmo Online ini, Noh ditemu ramah oleh para media untuk menjawab mengenai spekulasi keretakan rumah tangganya bersama Mizz Nina. Penyanyi itu kemudian menafikan khabar angin tersebut sebagai berita palsu semata-mata.
Malah Noh memberitahu dia hanya mengetahui mengenai khabar angin itu semasa ditemu ramah oleh wartawan pada waktu itu juga. Video itu kemudian menarik perhatian netizen apabila kedengaran salah seorang wartawan yang seakan-akan ‘koyak’ melihat Noh menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.
Bukan hanya ‘koyak’ dengan reaksi Noh malah wartawan itu turut meninggikan suaranya selepas mendengarkan penjelasan dari penyanyi itu. Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut sama terhibur melihat video yang dikongsikan ini.
Rakaman yang tular
Reaksi warga maya
Terima kasih kerana sudi membaca!
Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply