
BANGUN dan bangkit tanpa suami di sisi, isteri kepada pelawak Allahyarham Abam Bochey iaitu Nor Hidayah Mohd Ali akhirnya mampu memiliki semula kereta jenis Toyota Vellfire baru-baru ini.
Menurut Hidayah, kenderaan mewah itu dibeli menggunakan duitnya sendiri yang menjalankan perniagaan produk sabun dan serum selain menjual cempedak di tepi jalan sebelum ini.
Perkara berkenaan dikongsi wanita berusia 31 tahun itu menerusi sekeping gambar bersama anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey di laman lnstagram ketika menyambut hari raya Aidiladha minggu lalu.
Menerusi komen orang ramai, ada beberapa pengikut bertanya sekiranya dia baru membeli kenderaan tersebut selepas kereta Vellfire arw4h suaminya telah dijual kepada orang lain.
Reaksi warga maya
Tidak membiarkan netizen tertanya-tanya, Hidayah menjelaskan bahawa semua itu adalah hasil kerja keras dan kesungguhan dalam mencari rezeki sejak pemergian Allahyarham.
Sementara itu, Hidayah turut berkongsi satu video di aplikasi TikTok memaparkan dia dan keluarganya menaiki kereta berkenaan dengan kapsyen ‘Alhamdulillah’.
Lihat video dikongsikan
View this post on Instagram
Sebelum ini, Hidayah mengundang sebak ramai apabila kelibat kenderaan arw4h suaminya di atas jalan raya yang hanya tinggal kenangan.
“Hamzah nanti doakan perniagaan ibu berjaya. Boleh ibu beli kereta macam arw4h ayah. Ayah pernah berkata untuk keselesaan anaknya,” tulisnya.
Terima kasih kerana sudi membaca!
Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply