
KUALA LUMPUR – Seorang pempengaruh terkenal disaman kerana didapati tidak mempunyai lesen memandu ketika ditahan dalam pemeriksaan di Jalan Raja Laut, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira 11 malam itu, lelaki berusia 20-an berkenaan ditahan ketika sedang memandu kenderaan jenis Audi.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim ketika dihubungi mengesahkan polis mengeluarkan notis saman terhadap individu berkenaan.
“Hasil pemeriksaan dilakukan, kami mendapati lelaki terbabit tiada lesen memandu dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi.”
“Justeru, polis mengambil tindakan dengan mengeluarkan satu saman atas dua kesalahan berkenaan,” katanya.

Disanjung sebagai ikon permotoran, Haqiem Stopa disaman gara2 tak ada lesen memandu?
Nama ‘ikon permotoran’ Haqiem Stopa rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Mana tidaknya pemuda berusia 22 tahun itu menjadi bualan ramai selepas Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal memberikan gelaran kepadanya sebagai ikon permotoran anak muda.
Terbaru, tular gambar Tiktokers itu dikenakan saman kerana tidak mempunyai lesen kenderaan. Menerusi gambar itu, Stopa atau nama sebenarnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar baru sahaja disaman pada 17 Julai lalu di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pukul 11.39 minit malam.
Perkongsian itu menarik perhatian ramai di mana ramai ‘geli hati’ apabila mengenangkan ikon permotoran yang ‘disanjung’ itu sebenarnya tidak mempunyai lesen memandu.
Terdahulu, video kehadiran Haqiem Stopa ke sekolah untuk berkongsi kisah kehidupannya telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata kurang bersetuju dengan perkara tersebut.
Malah, Menteri Kanan Pelajaran ,Senator Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin mengatakan pihak KPM akan memanggil pemuda tersebut.
Terima kasih kerana sudi membaca!
Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply