
PERSATUAN Bola Sepak Sierra Leone (SLFA) dilaporkan menyiasat dua perlawanan bola sepak yang berakhir dengan keputusan 91-0 dan 95-0.
Ia kerana keputusan perlawanan divisyen pertama itu dilihat sebagai tidak praktikal, menurut Reuters.
Ia melibatkan pasukan Gulf FC yang menewaskan Koquima Lebanon 91-1 dan Lumbenbu United yang menewaskan Kahula Rangers 95-0.
Menurut laporan itu, SLFA dalam kenyataan berkata pihaknya sedang menyiasat pegawai dan pemain yang terlibat.
Menurut SLFA, orang ramai tidak perlu bimbang kerana siasatan menyeluruh sedang dibuat dan pihak yang didapati bersalah akan dikenakan tindakan undang-undang.
Jika disahkan, dua keputusan itu akan menjadi antara keputusan terbesar dalam sejarah bola sepak.
Pada masa ini, keputusan terbesar yang direkodkan adalah perlawanan antara AS Adema dan SO l’Emyrne, di mana AS Adema menang 149-0.
Perlawanan itu berlangsung di Madagascar pada 2002.
Dalam perlawanan itu, pemain SO l’Emyrne menjaringkan gol sendiri sebagai protes terhadap keputusan pengadil.
Reaksi warga maya
“1 minit 1 gol termasuk jaringan pd masa tambahan.. rasanya semua player dpt skor termasuk coach sekali kot…”
“Malaysia ptt kena buat friendly match ngn team tersebut sbb malaysia selalu pilih team handalan bile nk bermain….konon”
“Lepas gol lari laju2 letak bola kat tengah,sepak bola bg kt lawan.penjaga gol tlg jaga kt tepi tiang bantu masukkan gol kalu bola ketepi…berulang sampai ke mampos mcm tu”
Terima kasih kerana sudi membaca!
Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply