Guru KAFA Didakwa Hempas Murid Hingga Patah Kaki Gara Gara Tak Puas Hati Perangai Di Kelas

Guru KAFA Didakwa Hempas Murid Hingga Patah Kaki Gara Gara Tak Puas Hati Perangai Di Kelas

SEORANG murid lelaki didapati mengalami kecederaan patah kaki selepas didakwa menjadi mangsa amarah seorang guru.

Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) dalam kejadian di sebuah sekolah di Marang.

Menerusi laporan dari Berita Harian, kejadian yang menimpa kanak-kanak berusia 9 tahun itu dipercayai berlaku pada 6 Julai lalu ketika berada di sekolah berkenaan.

Guru angkat dan hempas di atas kerusi

Menurut sumber, kecederaan yang dialami kanak-kanak berkenaan mulai disedari ibunya kira-kira jam 5 petang selepas mangsa mengadu sakit di bahagian kaki.

“Mangsa memaklumkan guru itu mengangkat dan menghempasnya di atas kerusi sehingga kaki kanannya sakit.”

“Guru dikatakan bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dengan perlakuan mangsa ketika berada dalam kelas.”

“Mangsa kemudian dibawa ke sebuah klinik untuk rawatan sebelum disahkan patah kaki kanan dan satu laporan polis dibuat pada Jumaat lalu untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris ketika dihubungi telah mengesahkan bahawa ada menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Menurut beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Walaubagaimanapun ada lapuran polis dari guru yang didakwa dibawah:

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*