
SENI ‘stance’ dalam automotif cukup terkenal sebagai satu subkultur yang mengubahsuai kereta menjadi rendah dan tayar ‘terkepak’ keluar. Budaya yang cukup popular di Jepun itu kini telah tular menjadi ikutan di seluruh dunia.
Baru-baru ini tular video Honda Civic mengalami kesukaran untuk keluar dari stesen minyak akibat kereta terbabit terlalu rendah sehingga ia tidak dapat melepasi permukaan jalan yang tidak rata.
Kejadian yang berlaku di Thailand itu telah mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Warganet menyatakan modifikasi itu mensia-siakan sahaja, bukan hanya merosakan kereta, bahkan menambahkan lagi kerosakan pada permukaan jalan yang sudah tidak elok.
Tambah netizen lagi, kereta-kereta ‘stance‘ hanya sesuai untuk diletakkan semasa acara pameran sahaja. Jika hendak digunakan untuk memandu, ianya sangat tidak praktikal dan boleh mendatangkan masalah kepada pemandu dan pengguna jalan raya lain yang berada di sekitarnya.
Rakaman yang tular
Reaksi beberapa warga maya
Netizen juga berkongsi beberapa seloroh yang menggelikan hati warganet, antaranya –
“Dia punya slow sampai JPJ sempat datang.
“Nak keluar stesen pun minyak boleh habis dua takuk.
“Aku dah habis baca Iqra 1, kau tak keluar-keluar lagi dari stesen minyak,” petik kenyataan warganet pada ruangan komen.
Terima kasih kerana sudi membaca!
Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply