Masih Dara Dan Tak Pernah “Bersama”, Isteri Tak Sangka Suaminya “Songsang”

Masih Dara Dan Tak Pernah "Bersama", Isteri Tak Sangka Suaminya "Songsang"

HANCUR hati seorang wanita apabila mengetahui lelaki yang dicintai dan sudah membina mahligai bersama akhirnya terputus di pertengahan jalan selepas bekas suaminya itu telah menjalin hubungan sulit sesama jenis bersama lelaki lain.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @Cndyynsd di aplikasi TikTok, dia menceritakan kisah sedih yang dialaminya ketika mendirikan rumah tangga bersama lelaki tersebut dengan membongkar satu persatu perbuatan keji suaminya itu. Video diakhir artikel ini.

Malah, dia turut mempamerkan bukti-bukti kukuh yang menunjukkan terdapat mesej mesra daripada lelaki lain dan apa yang lebih mengejutkan, sepanjang membina mahligai, mereka sama sekali tidak pernah ‘bersama’ serta wanita itu masih mempunyai dara.

Bukan itu sahaja, wanita yang menyangkakan dirinya adalah paling bahagia pada awalnya terpaksa meninggalkan suaminya itu dengan rela hati selepas diceraikan menerusi mesej.

Bagaimanapun, tiada penjelasan yang diberikan oleh bekas suaminya sebaik sahaja wanita itu diceraikan dan rata-rata meluahkan rasa kasihan terhadap wanita itu serta menitipkan kata-kata semangat untuk mengharungi dugaan hidup yang dialaminya.

Malah, netizen turut mengeji akan tindakan lelaki itu yang hanya mendirikan rumah tangga untuk menutup sifat sebenarnya dan di penghujung video itu juga, wanita itu menunjukkan sijil penceraian bersama bekas suaminya.

Dunia seakan menjadi gelap, kejadian itu adalah titik hitam kehidupannya dan dia terpaksa mengaktifkan akaun TikTok nya kepada peribadi kerana tidak mahu dirinya menjadi perbualan warganet serta malu terhadap nasib malang yang menimpanya.

Rakaman yang tular

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*