
SEBELUM ini, kecoh apabila personaliti Tik Tok iaitu Haqiem Stopa dipanggil memberikan motivasi di sebuah sekolah. Di dalam program tersebut, pemuda itu diberikan peluang berkongsikan mengenai peluang kedua untuk berjaya dalam hidup yang dilaluinya.
Kemunculannya di sekolah itu kemudian menimbulkan kegusaran dalam kalangan netizen apabila pemuda itu dijadikan sebagai ikon untuk generasi muda kini. Malah rata-rata netizen tidak bersetuju apabila pihak sekolah memanggil Haqiem Stopa bagi memberikan motivasi kepada para pelajar.
Susulan kejadian yang tular ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menyiasat pihak sekolah terbabit yang telah menjemputnya sebagai penceramah. Menteri Kanan Pendidikan, Radzi Jidin memberitahu beliau tidak dapat mengulas lanjut kerana perlu meneliti dari segi konteks mengapa pemuda itu dijemput.
“Saya belum menerima maklumat mendalam berkaitan perkara ini. Bagi saya lihat dulu dan pihak KPM akan siasat.”
Video yang tular itu menerima pelbagai reaksi dari netizen yang mendakwa tidak wajar buat pihak sekolah menjemput ‘mat rempit’ seperti Haqiem Stopa untuk memberikan motivasi. Tidak kurang juga yang risau ianya akan memberikan pengaruh buruk kepada para pelajar untuk mengikuti jejak langkah pemuda itu.
Di dalam perkembangan terkini, Haqiem Stopa menepis dakwaan dia hadir dan mengajar para pelajar mengenai hal-hal permotoran. Sebaliknya dia hadir untuk memberikan motivasi kepada para pelajar menerusi program yang dijalankan iaitu Cerita Orang Gagal yang melakukan jelajah di sekolah-sekolah seluruh negara.
“Dari Mat Rempit Yang Ingin Berjaya”, Haqiem Stopa Jawab Isu Diundang Ke Sekolah
Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila seorang influencer Tik Tok iaitu Haqiem Stopa dipanggil memberikan motivasi di sebuah sekolah. Kebanyakan netizen turut meluahkan rasa kurang senang mereka dan menganggap influencer tersebut tidak layak untuk membuat perkongsian bersama pelajar-pelajar di sekolah.
Difahamkan, Haqiem Stopa dijemput oleh penganjur Projek Belia Mahir di dalam program ‘Cerita Orang Gagal’ yang melakukan inisiatif jelajah ke sekolah-sekolah di seluruh negara. Tidak mahu berdiam diri, pemuda ini akhirnya tampil memberikan kenyataan tentang isu yang menjadi bualan ramai ini.
Menurutnya, dia hadir di atas jemputan untuk memberikan motivasi tentang peluang kedua. Peluang kedua yang dimaksudkan itu contohnya tentang kegagalan pelajar berjaya dalam SPM namun masih lagi berpeluang untuk berjaya dalam kehidupan.
Menerusi program itu juga, dia turut berkongsikan latarbelakangnya sebagai seorang yang gagal dalam pelajaran dan juga menjadi mangsa buli siber. Dalam masa yang sama, Haqiem menafikan dakwaan bahawa dia mengajar para pelajar di situ mengenai permotoran.
“Kita kongsi tentang seseorang yang pernah gagal dalam hidup dan bangkit dengan semangat/usaha yang besar. Bina kerjaya untuk bantu mak ayah dan masa depan.”
Meninjau di ruangan komen, netizen turut memberikan kata-kata semangat buatnya untuk terus memberikan inspirasi pada yang lain. Namun ada juga yang menganggap ini mungkin akan memberikan pengaruh yang tidak sepatutnya kepada para pelajar yang ditemuinya itu.
Terima kasih kerana sudi membaca!
Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply