Rizan Hassan Icon Belia Negara 2011 Tampil Jawab Kenapa Haqiem Stopa Dipanggil Bagi “Talk” Di Sekolah

Rizan Hassan Icon Belia Negara 2011 Tampil Jawab Kenapa Haqiem Stopa Dipanggil Bagi "Talk" Di Sekolah

SEBELUM ini, nama Haqiem Stopa pernah menjadi bualan di media sosial apabila dia diangkat sebagai ikon permotoran belia. Ia kemudiannya menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen apabila influencer Tik Tok itu dikatakan tidak layak untuk menerima gelaran tersebut.

Baru-baru ini pula, perkongsian dari Haqiem Stopa sekali lagi mencuri tumpuan ramai di mana dia telah dipanggil untuk memberikan ceramah di sebuah sekolah. Tidak sampai sehari ianya dikongsikan, video tersebut telah pun menerima lebih dua juta tontonan setakat ini.

Perkongsiannya ini turut menerima pelbagai reaksi dari netizen yang menganggap influencer Tik Tok sepertinya bukanlah orang yang sesuai untuk dipanggil. Malah ada yang mempersoalkan jasa atau sumbangannya pada masyarakat sehingga membuatkan pihak sekolah terpanggil untuk menjemputnya.

Rizan Hassan Icon Belia Negara 2011 Tampil Jawab

“Biar Jadi Bekas Orang Jahat, Jangan Jadi Bekas Orang Baik”

CERITA ORANG GAGAL (COG)

Cerita Orang Gagal (COG) ialah inisiatif dan platform mengenai PELUANG KEDUA.

“Mendapat PELUANG KEDUA dalam hidup adalah tentang memberi diri anda peluang untuk berkembang melampaui kegagalan masa lalu anda. Ini tentang menyesuaikan sikap anda secara positif terhadap kemungkinan masa depan.”

“COG telah banyak menjelajah ke seluruh negara (sekolah, komuniti, kementerian/jabatan/agensi kerajaan dan swasta) dengan menampilkan bekas pesalah juvana, bekas banduan, bekas kepulihan dadah dan sesiapa sahaja yang melalui kegagalan yang teruk di dalam kehidupannya untuk berkongsi pengalaman hidup. DI penghujungnya, jika anda di kalangan orang berjaya mungkin akan terdorong untuk memberi khidmat bakti kepada masyarakat dan jika anda di kalangan yang gagal akan rasa diri anda tidak keseorangan dalam menghadapi ranjau kehidupan ini.”

CERITA ORANG GAGAL – BULI ITU JENAYAH!

Tahun ini COG bicarakan mesej mengenai BULI ITU JENAYAH. Kami tampilkan seorang bekas pembuli yang juga mempunyai masa lalu yang negative kemudian jalani hukuman di Sekolah Henry Gurney. Turut di bawa sama ialah yang telah dan sedang di buli di alam maya atau lebih dikenali dengan perkataan “kecam”, salah satu kaedah buli yang popular di kalangan masyarakat kita.

EMAM SAPEKRI

Perkongsian pertama menampilkan Emam Sapekri. Berasal dari Melaka dan sudah berumahtangga, seorang usahawan di Pantai Klebang. Masa lalu yang buruk dan sikap sebagai pembuli dan keterlibatan dalam keganasan berkumpulan telah menyebabkan beliau di hantar masuk ke Sekolah Henry Gurney (SHG) Telok Mas. Kebangkitan selepas Peluang Kedua membawa beliau kearah nilai positif dan mendapat 8A 1B dalam SPM 2013. Merupakan seorang Ikon Reben Kuning 2019 di bawah Kementerian Belia dan Sukan yang menggerakkan Projek Reben Kuning (Peluang Kedua).

Emam Sapekri (Tengah)

HAKIEM STOPA

Perkongsian kedua pula menampilkan Hakiem Stopa, seorang influencer social media yang mana pengisiannya berkisar tentang permotoran. Berpendidikan sehingga Tingkatan 3 dan mula merantau ke Kuala Lumpur seawall usia 16 tahun. Nama beliau mula dikenali selepas mencetuskan provokasi di media social dan juga terperangkap dengan persepsi politik terhadap beliau. Menerima kecaman, penghinaan, kutukan, ancaman yang hebat yang juga dikira sebagai buli di alam maya. Alami tekanan yang dahsyat dan di atas kesilapan yang dilakukan dan perkara yang tidak dilakukan. Beliau hanyalah seorang peniaga kecil mencetak baju untuk aktiviti permotoran.

RIZAN HASSAN

Peranan saya sejak sekian lama hanyalah sebagai PEMBIMBING. Saya pernah di platform kepimpinan belia negara. Setelah bergelar PEMIMPIN BELIA, saya fikir anak muda termasuk remaja sekolah lebih memerlukan PEMBIMBING di kalangan orang dewasa yang boleh di percayai. Cerita Orang Gagal (COG) adalah sumbangan yang saya berikan untuk kesedaran anak bangsa. Separuh dari hidup saya, Separuh dari hari saya, dan Separuh dari tahunan saya adalah untuk Belia Berisiko, Belila Tercicir dan Belia NEET (Not in Employment, Education and Training). Saya ada kerja hakiki saya sendiri dalam dan luar negara. Saya ada pendapatan yang baik tetapi malangnya saya tidak berada di kelompok orang berjaya, sebaliknya di kelompok orang gagal. Maka sebab itu, kekallah saya dengan Cerita Orang Gagal.

RIZAN HASSAN (Kiri)

BAYARAN

Tiada bayaran di kenakan kepada sekolah. Tiada sumbangan yang sekolah berikan kepada saya. Tiada bayaran kepada para penceramah. Hanya minta sekolah sediakan NASI LAUK AYAM MASAK MERAH. Dan kami gembira sangat sekolah berikan sijil penghargaan kepada kami. Kos perjalanan dan penginapan adalah tanggungan sendiri.

Apa pun, terima kasih yang baca penjelasan saya. Yang baca tapi tak faham, saya minta maaf kerana kemampuan saya setakat ini untuk memahamkan anda. Yang terus kekal ada stigma atau persepsi buruk saya minta maaf kerana membuatkan anda terus memarahi kami. Yang dulu kawan kini tiba-tiba menolak jadi kawan tak apa, anda terus jadi kawan saya kerana saya amat hargai anda. Yang dah jemput ke sekolah tapi terpaksa batalkannya saya faham kerana kita di Malaysia memang perlu ada semangat Saya Yang Menurut Perintah. Terima kaish kepada yang memahami perjuangan saya dan menyokong orang-orang gagal untuk kebangkitan.

JIHAD DI BULAN ZULHIJJAH

Jangan Matikan Lampu Kerja Saya – RIZAN HASSAN 06.07.2022

Hantaran asal saudara Rizan Hassan di Facebook boleh lihat DI SINI.

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*