Pemilik Kedai Runcit Tampil Cerita Apa Berlaku Kes Suri Rumah Dipenjara 14 Bulan Kerana Curi 2 Paket Milo

Pemilik Kedai Runcit Tampil Cerita Apa Berlaku Kes Suri Rumah Dipenjara 14 Bulan Kerana Curi 2 Paket Milo

SEORANG suri rumah dijatuhkan hukuman penjara 14 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan mencuri dua peket Milo bernilai RM73 di sebuah pasar raya di sini pada 25 Mei lalu.

Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, Suhaini Mohd., 43, yang juga penagih dadah membuat pengakuan bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan.

Berdasarkan fakta kes, pemilik pasar raya mengesan aksi mencurigakan Suhaini disyaki mencuri menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV).

Gambar sekadar hiasan.

Pemilik kedai runcit cerita apa yang berlaku

Beliau kemudiannya mengekori tertuduh sebelum wanita itu nekad melarikan diri dengan meninggalkan motosikal dinaikinya di Hentian Bas Marang di sini.

Tertuduh berjaya ditahan polis di rumahnya di Kampung Baru Kuala Abang, Dungun berpandukan nombor pendaftaran motosikal terbabit pada 6 Jun lalu.

Suhaini yang mempunyai empat orang anak sebelum ini mempunyai tiga rekod jenayah mencuri barangan pasar raya pada tahun 2019 dan 2021.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pengawai Pendakwaan, Asisten Superintenden Othman Ibrahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*