“Seat Je Kot” Pemuda Ini Luahkan Perangai Segelintir Family Suka Ambil Seat Orang Di Pawagam

"Seat Je Kot" Pemuda Ini Luahkan Perangai Segelintir Family Suka Ambil Seat Orang Di Pawagam

SELESAI menonton Mat Kilau. Saya bukan nak review filem ini, tapi nak review adab segelintir (skala kecil) perangai orang kita (rakyat Malaysia). Saya beli tiket ini sehari sebelum waktu tayangan iaitu 30 Jun 2021 dan saya telah memilih seat saya G08 dan G09 yang berada di row tengah. Memandangkan waktu tayangan pukul 7:40, jadi saya dan pasangan tunaikan kewajipan Maghrib terlebih dahulu dan kami masuk hall agak lewat sedikit (dalam 7:50 dan beranggapan 10 minit pertama selalunya iklan sebelum tayangan bermula).

Bila sampai, kami lihat hall dah penuh dan tayangan telah bermula (sebelum scene orang melayu dit3mb4k). Jadi kami pergi ke row kami untuk mengambil tempat duduk, malangnya row tersebut PENUH dan dipenuhi dengan “satu keluarga”. Kami jadi pelik, salah masuk hall ke? Bila nak ketempat duduk tu, tiba-tiba ada suara berkata, “dah penuh la, pergi duduk kat atas”. Saya baru nak cakap ni tempat saya ni, tetapi pasangan tarik saya ke tempat duduk atas (yang bukan seat kami). Agak tak selesa, sebab kami risau ambil hak orang lain, disebabkan ada penonton yang masuk selepas kami. Kami memang dah nekad, kalau ada orang claim tempat duduk dia, memang kami decide nak keluar je.

Nak buat kecoh dalam wayang pun tak best juga, sebab benda dah start nanti menggangu penonton lain pulak. Cumanya nak pesan kepada kawan² dalam group, sekiranya kalian membeli tiket wayang TOLONGLAH DUDUK DITEMPAT YANG KALIAN PILIH. Ya, mungkin silap kami sebab masuk lewat tetapi saya rasa untuk 10-15 minit lewat tu perkara biasa sebab tak semua masuk panggung on time, ada yang skip iklan.

Jadi kami pun menonton dengan pengalaman yang tak seronok dan gelisah sebab takut ada penonton yang datang lebih lewat. Maaf posting agak panjang, sebab saya nak mengingatkan kalian supaya tidak mengambil hak orang lain, seperti mana British mengambil hak orang Melayu dalam Mat Kilau.

Mungkin ada yang akan kata, kenapa tak duduk je seat yang kosong atau marah je la keluarga tersebut. Macam saya cakap, saya cuba untuk tidak mengeruhkan keadaan sebab ceritanya tayangan sudah bermula.

Edit: Bukan taknak panggil staff atau halau keluarga tersebut. Saya kena rational, sebab kalau panggil staff, satu row kena bangun. Dah mengganggu pandangan penonton lain. Atau lebih teruk, mungkin akan buat mereka tak puas hati. Dah jadi isu bergaduh pulak kat situ. Dan pandangan penonton lain pulak, “laa isu seat je kot, duduk je la mana¬≤”.

Kredit: Syukrie Sufian

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*