![APK NEW SAIZ 1000 - 2022-07-03T133742.996 [VIDEO] Mujur Tak Digilis, Bayi "Tercicir" Atas Jalan Raya](https://www.kiniberita.info/wp-content/uploads/2022/07/APK-NEW-SAIZ-1000-2022-07-03T133742.996-678x381.png)
SUDAH menjadi tanggungjawab setiap ibubapa atau penjaga dalam memastikan keselamatan para penumpang khususnya kanak-kanak dan bayi. Dalam pada itu, kata orang malang tidak berbau. Terkadang situasi yang tidak di sangka mampu berlaku sekaligus mengundang panik kepada orang ramai.
Terbaharu, tular di media sosial menerusi perkongsian Facebook Aishah Lokman memperlihatkan situasi bayi yang tercicir atas jalan raya sewaktu membuat U-turn di kawasan sekitar Bandar Tasik Puteri, Rawang.
Berdasarkan video yang tular, dapat dilihat seorang bayi jatuh tersembam itu telah diselamatkan terlebih dahulu oleh pemandu atau pemilik video sebelum diberikan kepada penjaganya.
Menerusi ruangan, rata-rata netizen tampil dengan pelbagai respon mengenai situasi yang berlaku. Terdapat netizen yang mempersoalkan penggunaan car seat dan child lock. Tidak kurang juga yang meluahkan rasa syukur kerana tidak ada apa-apa perkara yang lebih buruk terjadi kepada bayi berkenaan.
Sehubungan dengan itu, para pemandu diingatkan untuk lebih berhati-hati khususnya sekiranya membawa anak kecil bagi mengelakkan daripada perkara tidak diingini berlaku.
Penggunaan car seat dan child lock amatlah disarankan bagi mengurangkan sebarang risiko melibatkan bayi terkeluar daripada kereta dan sebagainya.
Rakaman yang tular
Bayi ‘tercicir’ atas jalan
1 Julai – ‘Mujur tiada apa-apa berlaku’.
Itulah dapat dirasakan dari video tular yang memaparkan seorang bayi terjatuh di atas jalan raya dari kereta dipandu ibunya di Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor, petang semalam.
Video : Orang Awam#RTM pic.twitter.com/Aq3TNz1usH
— Berita RTM (@beritartm) July 1, 2022
Reaksi beberapa warga maya
Terima kasih kerana sudi membaca!
Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply