![APK NEW SAIZ 1000 - 2022-07-01T213151.482 [VIDEO] Jadi "Punca" Jalan Sesak, Kereta Pengiring VIP Kena Hon Dengan Pengguna Jalan Raya](https://www.kiniberita.info/wp-content/uploads/2022/07/APK-NEW-SAIZ-1000-2022-07-01T213151.482-678x381.png)
TULAR sebuah video pengguna jalan raya yang berang kerana diminta untuk berhenti di tengah-tengah jalan bagi memberi laluan kepada sekumpulan kereta pengiring yang membawa seorang individu penting.
Video pendek ini pertama kali dimuat naik di TikTok oleh @anakayamkaki2 sebelum diciap pula di Twitter oleh @datukhensem. Sejak dimuat naik, ia telah mendapat perhatian ramai terutamanya netizen yang banyak menggunakan jalan raya.
Di dalam video tersebut, kelihatan beberapa penunggang motosikal diberhentikan ditengah-tengah jalan oleh pihak berkuasa. Tidak lama selepas itu, kelihatan kereta pengiring yang difahamkan membawa individu penting.
Rakaman yang tular
Wow ada VIP kena hon orang ramai sebab buat orang jem jalan kena tutup kejap nak bagi dia lalu. pic.twitter.com/eE3CfWu277
— Datuk Jahat Hensem (@datukhensem) June 30, 2022
Lelaki yang merakam video tersebut kedengaran berkata beberapa kali, “Inilah puncanya,” sambil membunyikan hon beberapa kali sebagai tanda protes kepada kereta individu penting yang menyebabkan jalan sesak ditengah-tengah waktu puncak.
Setakat ini, masih belum jelas siapakah individu yang berada di dalam kereta tersebut. Kebanyakan netizen mengecam tindakan kereta tersebut yang menyumbang kepada kesesakan jalan.
Reaksi beberapa warga maya
VIP mana tu? ?
— Hafidz Hamzah ?? (@HafidzHamzah7E) June 30, 2022
Mmg patut pun normalise kan mcm ni. Hon jee. Sbb selagi diorg pnya laluan bebas mcm ni selagi tu la banyak highway banyak jalan dia nak buat. Org lain hadap jem hari hari dia takpikir ?
— CuteDriverSwifty (@_nurulieyka_) July 1, 2022
Kita patut buat mcm ni dah. Dah lah gaji kita tanggung, kerja apa2 tah yg dibuatnya, lps tu menyusahkan orang.
— strawberrycheesecake ? (@awesomecemok) July 1, 2022
Mesti vip tu excited org ramai hon kat dia ? ingat org sambut dia.
— Zahrin (@therealzahrin) July 1, 2022
Terima kasih kerana sudi membaca!
Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply