
SUDAH menjadi lumrah setiap ibu bapa pastinya mahukan anak yang dilahirkan berada dalam keadaan kesihatan yang baik. Dalam pada itu, terdapat anak yang baru dilahirkan memerlukan pantauan daripada pihak hospital serta para petugas berikutan keadaan kesihatan melibatkan demam kuning dan sebagainya.
Di sebalik pantauan serta kerja keras daripada pelbagai pihak, masih terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan terhadap bayi individu lain dengan merakamkan detik bayi menangis di bawah fototerapi hanya demi konten di TikTok.
Bukan sekadar rakam, wanita dengan akaun TikTok @shahiraazman1996 ini turut memasukkan bunyi latar yang kurang sesuai beserta carutan bagi video bayi menangis ini.
Rakaman yang tular
siannya. baby tu menangis mestilah ada sebab 🙁 pic.twitter.com/RzuWhpNbzN
— ????? ? (@amyranadyaa) June 16, 2022
Perkongsian wanita ini telah meraih perhatian netizen yang bengang dengan tindakan jururawat ini yang seolah tidak bertanggungjawab terhadap tugas yang dilakukan. Malah, tindakan merakam bayi menangis bagi konten TikTok antara yang membuatkan para netizen lebih berang. Berikut merupakan respon netizen terhadap isu yang berlaku.
Bila dah ada anak sendiri skrg ni, aku lagi faham macam mana perasaan mak ayah terhadap anak2.
Kau boleh guna sound sebut cibai lepastu letak kat video baby patient ni?
Aku harap nurse ni kena buang dari hospital. Org mcm ni tak perlu ada second chance. https://t.co/EjI5U87Ked
— Muaaz Rahim (@muaazrebid) June 17, 2022
Manusia zaman sekarang content lagi penting dari common sense. Buat kerja tak record publish dekat tiktok tak boleh ka? Kenapa aku takdak rasa nak post apa2 dekat tiktok eh? Seronok sgt ka dok layan tiktok time kerja tu? https://t.co/uhkI8pnRSB
— HVRUM ???? (@harumwhispered) June 17, 2022
Selain itu, terdapat juga netizen yang memaklumkan rakaman tersebut dilakukan di UKM Specialist Centre (UKMSC) yang sekaligus membuatkan pihak UKMSC tampil dengan kenyataan rasmi memaklumkan individu yang merakamkan video tersebut merupakan bekas petugas yang telah menamatkan perkhidmatan bersama UKM pada awal tahun 2022.
View this post on Instagram
Setakat artikel ditulis, Instagram dan TikTok petugas ini tidak lagi aktif berikutan kecaman daripada pihak netizen. Diharapkan semoga kes seperti ini dapat menjadi pengajaran kepada para petugas kesihatan sekaligus menjamin setiap bayi mendapat perlindungan sebaiknya.
Terima kasih kerana sudi membaca!
Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply