
SIAPA sahaja tidak mengenali pemilik akaun popular, MamatGotNoChill yang sentiasa menjadi perhatian ramai selepas membuat konten menegur kesalahan pengguna lain sekiranya mereka menghasilan video tular di laman TikTok.
Pemilik nama Firdaus Nahar itu pernah menjadi bualan ramai apabila dia seringkali menegur video-video yang dikongsikan oleh aktres cantik, Nadia Brian baru-baru ini sehinggalah mereka berjaya bertemu.
View this post on Instagram
Video Mamat bersama Nadia tular lagi!
Terbaru, menerusi video yang dimuat naik oleh @faiztukirin, beberapa orang di situ mengenakan usikan nakal kepada pelakon cantik, Nadia Brian sebaik sahaja kemunculan Mamat di belakang.
Selain itu, tangkap layar Insta Story Mamat turut berada di dalam video tersebut dan apa yang menarik perhatian ramai adalah jejaka itu menggelarkan ‘ayang’ kepada Nadia.
MamatGotNadia?
Menjengah ke Insta Story Mamat, dia memuat naik gambar bersama Nadia Brian beserta kapsyen yang menimbulkan persoalan di kalangan pengikut.
Nadia tak nafikan Mamat seorang lelaki yang sweet
Ekoran penularan video tersebut selain digelar dengan panggilan ‘Ayang’, pelakon wanita berusia 30 tahun itu tidak menolak Mamat merupakan seorang lelaki yang sweet.
Kami sekadar kawan
Walau bagaimanapun, Nadia atau nama sebenarnya, Nadia Najwa Mohamed Rashidi memberitahu mereka berdua hanyalah sekadar kawan sahaja.
“Ya, saya tahu tentang panggilan Ayang yang dia sengaja letak di Insta Story. Saya dengan dia tak ada apa-apalah! Saja main-main” katanya.
Video tu sebenarnya untuk projek penggambaran bersama
Pada masa yang sama, Nadia mengatakan mereka berdua sebenarnya bertemu di set penggambaran sahaja demi menjayakan sebuah bahan kandungan untuk klien.
“Jadi, dia pun muat naik gambar tersebut. Masa itu, kami tengah buat projek penggambaran bersama dan klien pun suka tengok kami. Oleh itu, kami disatukan di set penggambaran,” katanya.
Mengulas lanjut, Nadia secara peribadinya berasa senang dengan cara Mamat yang disifatkan seseorang yang pandai berjenaka dan berbakat.
Terima kasih kerana sudi membaca!
Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply