Kehadiran Bella Ke Mahkamah Hari Ini Buat Siti Bainun Menangis Teresak Esak

Kehadiran Bella Ke Mahkamah Hari Ini Buat Siti Bainun Menangis Teresak Esak

KEHADIRAN Bella ke mahkamah hari ini membuatkan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Abd Razali tidak dapat menahan perasaannya sehingga menangis teresak-esak ketika melihat kelibat Bella bersama-sama dengan lima anak-anak lain dibawa masuk ke dalam mahkamah bagi sesi pengecaman.

Menurut laporan Utusan Malaysia, sesi pengecaman yang dijalankan di sebalik skrin penghadang bagi melindungi identiti kesemua kanak-kanak yang hadir ke mahkamah itu dilakukan oleh tiga saksi pendakwaan iaitu Suhana Zam, 40; Zurianty Sudin, 39; dan Yasmin Nahar Mahmood, 19.

Harian Metro pula menyebut ketika sesi tersebut, kelihatan Bainun melambai-lambai ke arah kanak-kanak tersebut yang dahulunya pernah berada di bawah jagaan beliau.

Sebelum ini, peguam Nur A’minahtul Mardiah Md Nor yang mewakili Siti Bainun memohon supaya anak guamnya bersemuka dengan enam individu terbabit untuk melihat reaksi mereka. Beliau juga meminta agar sesi itu tidak melibatkan orang ramai sekiranya identiti kanak-kanak itu mahu dirahsiakan.

Namun permohonannya ditolak oleh Hakim Izralizam Sanusi yang berkata bahawa sesi itu akan menumpukan pada pengecaman dan bukan untuk merekodkan keterangan daripada anak-anak itu.

Siti Bainun, 30, menghadapi dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021. Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*