Wargamaya Pertikai Kualiti Tampal Jalan Raya Berlubang JKR Daerah Ini

Wargamaya Pertikai Kualiti Tampal Jalan Raya Berlubang JKR Daerah Ini

PADA masa kini, hampir semua pihak jabatan kerajaan memuat naik gambar ke media sosial untuk memaklum perkembangan semasa tugasan-tugasan yang telah dilaksanakan, lebih-lebih lagi ia membabitkan keperluan rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, dalam satu hantaran JKR Johor Bahru yang dimuat naik pada hari minggu lalu ‘memakan diri’ setelah mendapat maklum balas kurang baik apabila pengguna Facebook.

Dalam hantaran asal tersebut, yang kini telah pun dipadam, JKR Johor Bahru berkongsi beberapa gambar aktiviti penampalan lubang di Lebuh Raya Pasir Gudang Seksyen 9-10, menghala Pasir Gudang – Perling.

Walaupun isu jalan raya berlubang berjaya ‘diselesaikan’, namun hasilnya yang nampak kurang memuaskan kerana ia nampak tidak kemas serta berpotensi membahayakan pengguna jalan raya itu, lebih-lebih lagi membabitkan penunggang motosikal.

Tambah pengguna lebuh raya itu lagi, mereka pernah berhadapan dengan lubang sebesar kawah nasi kenduri. Mahu atau tidak, mereka terpaksa lalui jalan tersebut walaupun agar mencabar untuk memastikan kenderaan tidak rosak.

Orang ramai juga meminta agar Menteri Besar Johor, YB Datuk Onn Hafiz Ghazi ‘turun padang’ untuk memantau sendiri kualiti jalan raya di sepanjang kawasan Pasir Gudang itu, supaya setiap penduduk Johor dapat menggunakan jalan raya dengan lebih selesa dan selamat.

Reaksi beberapa warga maya

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*