Puas Pujuk Anak Kucing Keluar Dari Enjin Kereta, Mujur Ada “Si Oyen” Penyelamat

Puas Pujuk Anak Kucing Keluar Dari Enjin Kereta, Mujur Ada "Si Oyen" Penyelamat

KEBANYAKKAN kucing liar selalunya takut dengan kehadiran manusia. Bila nampak saja kelibat orang, bertempiaran mereka lari mencari tempat bersembunyi dan berlindung.

Apabila sudah dapat tempat menyorok, mereka akan duduk diam di situ sampailah merasakan keadaan sudah kembali tenang barulah ia akan keluar dari persembunyian.

Namun, sebahagian kucing-kucing ini berada di tempat yang tak sepatutnya. Contohnya di bawah kereta, celahan tayar dan ada juga sampai masuk ke dalam enjin kereta. Sudah banyak kali kes kucing terperangkap dan akhirnya terpaksa memanggil pihak BoMBA atau APM untuk mengeluarkannya.

Antara sebab kucing suka bersembunyi di enjin kerɛta adalah kerana mereka mahu rasa lebih hangat terutamanya jika cuaca sejuk selain mereka juga merasa lebih selamat dan tidak diganggu.

Walaubagaimanapun, tempat itu kadangkala boleh membahayakan mereka dan mendatangkan kecederaan, lebih-lebih lagi jika kehadiran mereka tidak disedari oleh pemilik kenderaan yang mahu menggunakan kenderaan.

Seorang penduduk di negara Jepun mengalami keadaan yang sama apabila seekor anak kucing bersembunyi di dalam bahagian enjin keretanya.

Kehadiran kucing itu disedarinya apabila mahu menggunakan keretanya dan dia pun cuba untuk mengeluarkan anak kucing itu. Namun begitu, anak kucing itu berdegil tidak mahu berganjak dan terus bersembunyi jauh dari jangkauan.

Kucing itu terus berdegil tidak mahu keluar malah jiran-jiran turut datang untuk membantu namun usaha dɛmi usaha mereka gagal.

Akhirnya salah seorang jiran memberikan cadangan agar menggunakan kucing peliharaannya untuk mɛmujuk anak kucing tersebut. Dia pun mengambil kucing Oyen miliknya ke kereta dan si Oyen pun menjalankan ‘tugasnya’ dengan memanggil anak kṳcing tersebut berbincang.

Entah apa yang diberitahu oleh si Oyen kepada anak kucing itu, apabila kemudiannya anak kṳcing itu pun berminat untuk keluar dan akhirnya dia pun berjaya dikeluarkan dari enjin kereta dengan selamat.

Ternyata kucing oyen ini memang luar biasa meskipun sering dikaitkan dengan ‘kenakalannya’. Oyen sekali lagi membuktikan dia adalah spesies yang berguna. Mereka mungkin nakal tetapi mereka juga berfungsi dengan baik. Pemilik kerɛta itu pula sudah boleh menggunakan keretanya dengan senang hati.

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*