Tangan Cakar Berkuku Tajam Muncul Di Atas Siling, Pemilik Rumah Terkejut Selepas Tahu Apakah Ia

Tangan Cakar Berkuku Tajam Muncul Di Atas Siling, Pemilik Rumah Terkejut Selepas Tahu Apakah Ia

SEORANG lelaki terkejut besar apabila menemui satu tangan berkuku tajam di rumahnya yang seakan-akan milik serigala jadian dalam filem.

Lelaki dari Australian tersebut kemudiannya memuat naik gambar kuku tajam yang menembusi siling rumahnya yang dipercayai milik sesuatu makhluk di laman Reddit.

Perkongsikan lelaki itu di laman Reddit menjadi tumpuan ramai yang rata-rata terkejut, bimbang dan tertanya-tanya mengenai apakah makhluk yang mempunyai cakar tajam berkenaan.

Apa benda itu? Makhluk hidup ke bukan? Makhluk apa punyai tangan dan cakar tajam begitu? Apa itu serigala jadian?

Pelbagai persoalan yang bermain di fikiran netizen selepas melihat gambar tersebut. Malah ada diantara mereka yang menyatakan tidak dapat tidur lena kerana terbayang-bayang akan cakar tangan berkuku tajam tersebut kalau-kalau tiba-tiba makhluk itu muncul di rumah mereka.

Selain itu ramai juga yang bertanya sama ada tangan cakar tajam itu milik serigala jadian. Tapi apakah benar ada bukti serigala jadian benar-benar wujud di dunia ini atau hanya ‘wujud’ dalam filem sahaja?

Lelaki Autralia yang memuat naik gambar tersebut bagaimanapun kemudiannya menjawab semua persoalan netizen dengan memberitahu mereka apa benda itu sebenarnya.

Menurutnya, cakar tangan berkuku tajam itu adalah kepunyaan sejenis haiwan yang dipanggil Possum. Haiwan Possum ini cuba untuk memasuki biliknya melalui siling tandas di rumahnya.

“Ada possum sebenarnya cuba masuk ke rumah dan ber­kenalan menerusi siling tandas,” ujarnya.

Possum merupakan sejenis haiwan yang mampu berpura-pura mati dan ketika itu mengeluarkan bau busuk hingga menyebabkan pemangsa yang datang segera menjauhinya.

Kuku tajamnya biasanya digunakan untuk memanjat pokok yang tinggi.

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*