Budak Lelaki 8 Tahun Berdepan Cetik Cemas Apabila Ular Tedung Masuk Dalam Baju

Budak Lelaki 8 Tahun Berdepan Cetik Cemas Apabila Ular Tedung Masuk Dalam Baju

SEBUT saja ular, mesti ramai antara kita yang panik dan takut apabila terserempak atau terjumpa dengan ular tanpa mengira ianya berbahaya, berbisa ataupun jenis ular yang tidak berbahaya kepada manusia.

Apatah lagi jika disebut ular tedung yang rata-rata spesisnya jenis berbisa dan boleh membahayakan kita.

Tular baru-baru ini di Pontian, Johor mengenai seorang budak lelaki umur 8 tahun dengan sekor ular tedung. Budak lelaki tersebut mengalami detik paling mencemaskan apabila seekor ular tedung telah memasuki baju yang dipakainya dan berada dalam keadaan mencemaskan itu selama hampir setengah jam.

Ketika kejadian, budak lelaki itu sedang berbaring di ruang pantri dalam rumah pada jam lebih kurang pukul 12.35 tengah hari sebelum bajunya dimasuki oleh seekor ular tedung.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Johor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.35 tengah hari.

Sebuah jentera bersama tiga anggota diketuai Ketua Operasi, Mohd Noor Parmon, dikejarkan ke lokasi kejadian di Kuarters Balai Polis Ayer Baloi.

Anak ular tedung hitam

Apabila sampai di rumah mangsa, pasukan mendapati memang benar ada seekor anak ular tedung hitam sepanjang 0.5 meter berada dalam baju budak 8 tahun itu.

Menurut laporan sebuah akhbar tempatan, Anggota bomba bertindak menggunting baju kanak-kanak terbabit sebelum menangkap reptilia itu menggunakan penjerut.

Budak lelaki itu dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala ular tedung tersebut dilepaskan di tempat yang jauh dari perumahan manusia.

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*