
SEBELUM ini, viral mengenai kisah seorang wanita yang dikenali sebagai Stephanie Matto mampu menjana pendapatan lumayan iaitu memperoleh hampir AS$50,000 (anggaran RM213,016) dalam tempoh seminggu dengan hanya menjual kentutnya yang dimasukkan ke dalam balang.
Jual peluh payudara
Namun baru-baru ini, nama Stephanie Matto yang berasal dari Amerika Syarikat sekali lagi menjadi bualan hangat pengguna media sosial selepas dia mendakwa sudah ‘berhenti’ menjual kentutnya kerana sudah tidak tahan mengikuti diet pemakanan yang hanya merangkumi kacang dan telur sahaja. Bukan itu sahaja, Stephanie Matto juga pernah dimasukkan ke wad akibat mengeluarkan angin (kentut) terlalu kerap disebabkan pemakanannya.
Oleh hal demikian, Stephanie Matto kini beralih ‘perniagaan’ dengan menjual peluhnya pula. Menurut sumber, peluh yang diperoleh daripada payudaranya itu dijual pada harga AS$500 (RM2,197) sebotol. Bekas bintang realiti TV ini sempat menunjukkan cara bagaimana dia mengumpul titisan peluh tersebut dari bahagian dadanya sahaja.
“Kadangkala ia boleh berbeza-beza berapa lama masa yang diambil untuk mengisi balang kerana ia bergantung kepada beberapa faktor saintifik, terutamanya haba, pergerakan dan tahap kelembapan saya.”
Stephanie Matto dikatakan mampu mengisi sehingga 10 botol peluh ketika cuaca panas dan dalam tempoh seminggu, wanita berusia 31 tahun ini mampu menjual 50 botol peluh. Dakwanya lagi, pendapatan yang diperolehi daripada hasil jualan peluh di laman web boleh mencecah sehingga AS$5,000 (RM21,977) setiap hari.
Rakaman yang tular
Terima kasih kerana sudi membaca!
Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply