Kerana Terhutang Budi Pernah Diselamatkan, Burung Hantu Bawa “Hadiah” Setiap Hari Untuk Penyelamatnya

Kerana Terhutang Budi Pernah Diselamatkan, Burung Hantu Bawa "Hadiah" Setiap Hari Untuk Penyelamatnya

APABILA orang menolong kita dalam kesusahan, adalah sesuatu yang normal kita sebagai manusia akan merasa terhutang budi dan mahu membalas balik jasa dan pertolongan mereka.

Namun, ternyata bukan manusia sahaja yang mempunyai naluri sedemikian, tetapi terdapat juga haiwan yang mudah terhutang budi jika dibantu seperti dalam kisah ini.

Pada tahun 2011 dulu di Afrika Selatan, seorang lelaki menemui seekor burung hantu yang mengalami kecederaan.

Oleh kerana merasa kesian dan bersimpati dengan keadaan burung hantu itu, lelaki berkenaan pun mengambil keputusan untuk membawanya pulang ke rumah untuk dirawat.

Di rumah, lelaki berkenaan cuba merawat dan manjaga burung hantu tersebut agar cepat pulih dari kecederaan yang dialaminya.

Selepas dua bulan, hubungan mereka menjadi semakin mesra dan burung hantu itu dilepaskan semula apabila sudah pulih sepenuhnya.

Namun, meskipun sudah bebas tapi burung hantu itu tidak melupakan budi baik lelaki yang menolongnya.

Setiap hari selama 4 tahun, burung hantu tersebut akan membawa pulang ‘hadiah’ kepada lelaki itu, kemungkinan sebagai tanda berterima kasih dan membalas jasa.

Burung hantu itu juga berkawan baik dengan haiwan peliharaan lelaki itu dalam rumah seperti kucing dan burung.

Antara ‘hadiah’ yang sering dibawa oleh burung hantu tersebut ialah anak ular dan tikus!Menariknya, burung hantu tersebut juga berkongsikan ‘hadiah’ dibawanya kepada kucing dan burung peliharaan lelaki itu.

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*