3 Kali Bagi Notis Tapi “Tak Makan Saman”, Pemilik Ubah Suai Rumah Ala “Kuil” Bakal Dikenakan Tindakan

3 Kali Bagi Notis Tapi "Tak Makan Saman", Pemilik Ubah Suai Rumah Ala "Kuil" Bakal Dikenakan Tindakan

PEMILIK sebuah rumah ala ‘kuil’ di Taman Surian, Mantin, Negeri Sembilan bakal hadapi tindakan undang-undang selepas didapati melakukan pengubahsuaian kediaman tanpa kelulusan.

Bakal dikenakan tindakan

3 Kali Bagi Notis Tapi ‘Tak Makan Saman’, Pemilik Ubah Suai Rumah Ala ‘Kuil’ Bakal Dikenakan Tindakan.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS) iaitu Datuk Masri Razali memaklumkan, pihaknya telah menerima aduan daripada jiran pemilik rumah tersebut yang mendakwa tindakan pengubahsuaian berkenaan telah menimbulkan rasa tidak selesa mereka.

Difahamkan juga, MBS telah menyerahkan notis arahan sebanyak tiga kali sejak dari tahun 2019 agar pemilik rumah berkenaan tidak meneruskan kerja-kerja pengubahsuaian namun tidak diendahkan.

“Kami memang telah berikan notis kepada pemilik untuk merobohkan, namun disebabkan tiada tindakan dan pembinaan terus dilakukan jadi kami bawa ke peringkat seterusnya iaitu bagi tindakan undang-undang.”

Sementara jiran pemilik rumah berkenaan mendakwa pengubahsuaian yang dilakukan inidividu itu secara tidak langsung telah membuatkan rumahnya mengalami kerosakan seperti retak, bocor dan lembap di dinding bilik dan ruang tamu. Menurut sumber, pihak MBS juga telah menutup kediaman berkenaan dan tindakan selanjutkan akan diambil.

3 Kali Bagi Notis Tapi ‘Tak Makan Saman’, Pemilik Ubah Suai Rumah Ala ‘Kuil’ Bakal Dikenakan Tindakan

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*