
SELEPAS memenangi kes saman fitnah Amber Heard, peguam Johnny Depp, Camille Vasquez menjadi perhatian firma guaman Hollywood.
Menurut sumber The Post, Camille kini di tengah perang bidaan antara firma guamannya yang mahukan dia dalam pasukan mereka berikutan prestasi cemerlangnya dalam perbicaraan kes pelakon tersebut.
Camille, 37, dilihat sebagai peguam yang tegas, menjadi bintang dalam perbicaraan fitnah, bertengkar dengan Amber semasa soal balas yang sengit dan kadang-kala kejam telah menjadi kesayangan dalam kalangan peminat Depp.
Sumber turut memberitahu pintu Hollywood sudah terbuka untuk Camille, hanya dia yang perlu memilih.
“Ejen-ejen bakat mengelilingi Camille kerana mereka menyedari bahawa dia adalah unicorn – seorang peguam yang bijak, cerdik, tenang yang prestasinya memberi kesan semasa perbicaraan mendorongnya ke tahap situasi yang jarang berlaku,” ujar sumber. – New York Post
Terdahulu..
Segunung bukti pun masih tak cukup lawan pengaruh Johnny Depp – Amber Heard
AKTRES Amber Heard meluahkan rasa kecewa apabila juri memutuskan kemenangan buat bekas suaminya Johnny Depp pada Rabu.
Sedar dirinya kalah dalam kes saman fitnah itu, Amber mengakui dia patah hati dan tidak mampu untuk berkata apa-apa.
“Saya kecewa dan patah hati kerana segunung bukti masih belum cukup untuk melawan kekuatan dan pengaruh yang tidak profesional daripada bekas suami saya,” tulisnya seperti dipetik Variety.
Amber berkata, dia lebih kecewa apabila keputusan itu seolah-olah turut menafikan hak wanita lain yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Dengan kekalahannya itu, Amber Heard berpendapat kes kekerasan terhadap wanita harus diperjuangkan dengan serius.
Pelakon filem Aquaman itu juga mendakwa pengacara Johnny Depp membuat juri mengabaikan masalah utama yang terkait kebebasan bersuara.
“Saya yakin peguam Johnny berjaya membuat juri mengabaikan masalah utama kebebasan bersuara,” katanya.
Sedih dengan kekalahan itu, Amber berkata dia lebih kecewa hak bersuara wanita diketepikan.
“Saya seperti kehilangan hak yang saya fikir saya miliki sebagai warga Amerika untuk bercakap secara terbuka dan bebas,” ujarnya.
Terdahulu, juri di sebuah mahkamah di Faifax, Virginia mendapati aktres Amber Heard membuat fitnah mengenai dakwaan dia didera oleh bekas suaminya, Johnny Depp.
Juri turut memutuskan pelakon Pirates of the Caribbean itu dibayar ganti rugi AS$15 juta (kira-kira RM65 juta).
Jumlah itu kemudian dikurangkan kepada AS$10.35 juta (kira-kira RM45 juta) sejajar dengan had punitif yang dibenarkan undang-undang di negeri itu.
Tujuh juri yang mendengar perbicaraan itu mendapati bahawa artikel ditulis Heard pada 2018 mengenai dakwaan keganasan seksual adalah fitnah dan berniat jahat.
Terima kasih kerana sudi membaca!
Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply