Terhantar Sticker Tak Senonoh Di Group Pejabat, Gadis Malu Teruk Minta Berhenti

Terhantar Sticker Tak Senonoh Di Group Pejabat, Gadis Malu Teruk Minta Berhenti

MEMANDANGKAN smartphone adalah satu keperluan sekarang, rasanya setiap daripada kita pasti pernah melalui situasi tersalah hantar mesej kepada orang ataupun group tertentu. Meskipun kecuaian ini tidak disengajakan, tetapi kesannya boleh menyebabkan seseorang malu dan menyesal tidak terhingga.

Menyesal tak periksa dulu sebelum tekan butang send

Begitulah juga ‘detik hitam’ dilalui oleh seorang gadis di Indonesia baru-baru ini. Terdahulu, pengguna akaun TikTok @neptune_projectt tengah asyik melayan mesej bersama seseorang. Namun gara-gara tidak periksa terlebih dahulu sebelum tekan butang send, dia telah melakukan kesilapan yang pasti menghantui sepanjang hidupnya.

Terhantar sticker tak senonoh di group pejabat, gadis malu teruk minta resign

Sejurus menyedari dirinya terhantar 1 sticker yang kurang senonoh di WhatsApp Group pejabat, dia terus menangis teresak-esak. Disebabkan ia telah dilihat oleh ramai orang, gadis tersebut bahkan mahu minta resign kerana terlalu malu. Secara keseluruhannya, video tersebut telah meraih lebih sejuta views setakat ini.

Rakaman yang tular

Pengajaran, janganlah save sticker yang aneh-aneh…hidup memang tak tenang kalau jadi macam ni

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dan menasihatinya agar ambil iktibar daripada peristiwa tersebut. Dalam pada itu, mereka turut berkongsi pengalaman serupa disebabkan tersalah send mesej di group masing-masing.

Reaksi beberapa warga maya

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*