
LELAKI Bawa Ular Sawa Mandi Sungai, Ditegur Orang Risikokan Keselamatan Tapi Respon Dia Cukup Padu. Lumrah apabila memelihara haiwan terutama sekali spesis eksotik seperti ular, pasti ada segelintir orang sekeliling berasa tidak selesa.
Seperti perkongsian di laman Facebook seorang lelaki ini yang dikenali sebagai Abe Awe ini, dia telah memelihara dua ekor ular sawa yang bersaiz besar.
Kena tegur bawa ular mandi di sungai
Menerusi posting itu, dia telah membawa dua ekor ular sawa tersebut pergi mandi ke sebuah sungai sebelum didatangi oleh seorang pakcik yang menegur tindakannya membawa reptilia berkenaan di tempat awam.
“Ada seorang pakcik menegur pada saya dan bercakap sungai ini tempat orang mandi..”
Kehadiran ku bersama haiwan kesayangan di saat orang leka berada di rumah..
Ada seorang pak cik menegur pada saya dan bercakap sungai ni tempt orang mandi. mungkin dia terlupa kita semua berkongsi dgn mahkluk lain. Ingatlah wahai sahabat jgn lah berdoa untuk kejatuhan seseorang malah berdoa lah demi kebaikan seseorang…
Senyuman kepuasan disebalik bebanan. Abe berharap kalian sedang sedekah senyuman setelah membaca posting ini.
Namun bagi lelaki berbadan sasa ini, haiwan tersebut juga berhak untuk berada di kawasan itu dan bukan hanya manusia sahaja kerana alam ini harus dikongsi bersama.
“Mungkin dia terlupa kita semua berkongsi dengan mahkluk lain”
Jangan sampai makan tuan pula
Menerusi ruangan komen pula, terdapat pelbagai reaksi daripada netizen, ada yang tidak kisah tetapi ada juga yang beranggapan tindakannya itu memberi risiko keselamatan kepada orang lain.
Terima kasih kerana sudi membaca!
Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply