
SINA ESTAVI, seorang ahli perniagaan yang bertapak di Malaysia mendedahkan alasannya untuk membeli ciapan pertama bos dan pengasas Twitter, Jack Dorsey bernilai USD $2.9 juta (RM12 Juta) adalah kerana ia menganggap bahawa itu adalah pelaburan yang baik.
Kata Estavi, ciapan pertama itu adalah sejarah peradaban manusia di dunia digital dan kemungkinan harganya bakal melambung lebih tinggi pada 50 tahun kemudian. Dia turut membandingkan pembelian terbabit dengan karya agung seniman Leonardo da Vinci iaitu Mona Lisa.
Ciapan pertama yang berbunyi, “just setting up my twttr,” pada tarikh 21 Mac 2006 itu dianggap sebagai aset berharga bagi pakar dan ia mula dilelong untuk sebuah yayasan bernama Give Directly’s Africa Responce.
just setting up my twttr
— jack (@jack) March 21, 2006
Estavi, seorang pengarah eksekutif syarikat cryptocurrency bernama Bridge Oracle, membelinya dengan harga USD$ 2.9 juta dolar AS. Dilaporkan oleh BBC pada hari Khamis, Estavi membelinya menggunakan ethereum, cryptocurrency yang menyaingi bitcoin.
Tambah ahli perniagaan berusia 29 tahun itu, bahawa rakan-rakan dan para pelabur gembira dengan pembelian terbabit kerana mereka tahu nilainya dan berapa harga ciapan terbabit di masa hadapan dan berapa banyak kesannya kepada media sosial.
Manakala bagi Cathy Hackl, seorang pakar media sosial. Beliau berpendapat bahawa membeli ciapan pertama Twitter itu umpama membeli koleksi buku-buku yang jarang terdapat di pasaran. Dengan erti kata lain, ia adalah pelaburan yang bijak.
Terima kasih kerana sudi membaca!
Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply