Ular “Melekat” Di Punggung Ketika Buang Air Besar, Dua Minggu Kemudian Jumpa Serpihan Gigi Ular Dalam Bekas Luka

Ular "Melekat" Di Punggung Ketika Buang Air Besar, Dua Minggu Kemudian Jumpa Serpihan Gigi Ular Dalam Bekas Luka

TIDAK dinafikan bahawa ular merupakan salah satu haiwan yang paling tidak diingini dan ditakuti sekiranya menceroboh masuk ke rumah, apatah lagi jika ular itu berbisa dan boleh mendatangkan bahaya terhadap penghuni rumah.

Baru-baru ini seorang lelaki yang dikenali sebagai Sabri Tazali berkongsikan kisahnya ketika berhadapan dengan pengalaman menggerikan ketika sedang menggunakan tandas di rumahnya yang terletak di Selayang, Selangor.

Kisah ini berlaku di penghujung bulan Mac lalu dimana Sabri yang sakit perut ketika itu mahu membuang air besar di tandas rumahnya sambil bermain permainan video menggunakan handphone.

Namun tiba-tiba sahaja Sabri terasa ada sesuatu yang menerkam di bahagian bawah punggungnya hingga membuatkannya terkejut.

Mulanya dia sangkakan biawak sebab biawak sering masuk ke dalam rumahnya namun bila diperiksa ternyata ianya adalah seekor ular!

Saya ingatkan biawak, sebab belakang rumah selalu ada biawak. Bila saya bangun, ular masih melekat di punggung. Saya terus tarik ular tu dan campak ke dinding.

Tapi sejujurnya tak rasa sakit. Saya cuma nak tahu ular jenis apa je. Bila dah google baru saya tahu yang ia ular jenis tak bahaya. Cuma takut ia membelit. Nasib baik saya yang kena, risau kalau kejadian itu berlaku pada mak atau anak saudara saya.

Sabri kemudiannya terus bergegas ke hospital Selayang bagi mendapatkan rawatan dan memanggil bantuan Bomba untuk menangkap ular tersebut yang kemudian dikenalpasti sebagai ular sawa batik.

“Selepas kejadian itu, saya terus cuci dan pakai kain pelikat ke hospital dengan isteri. Mujurlah hospital pun dekat dengan rumah. Mujur juga ular itu bukan jenis berbisa, tapi doktor tetap bagi suntikan kancing gigi kepada saya.

Dua minggu kemudian, Sabri menemui serpihan gigi ular masih tersisa di kawasan lukanysa, kemungkinan patah ketika dia menarik ular tersebut.

“Selepas dua minggu, saya periksa kawasan luka, masih ada separuh gigi ular, ia terpatah mungkin sebab saya sentap ular dengan kuat. Sejujurnya memang trauma dengan kejadian itu.

Susulan kejadian tersebut, Sabri terpaksa menggunakan tandas masjid berdekatan selama dua minggu kerana masih trauma. Menurutnya lagi, ular tersebut dikatakan keluar dari lubang jamban.

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*