
PERBUATAN mencuri adalah salah di sisi undang-undang dan boleh ditangkap serta dikenakan tindakan jika didapati bersalah. Adakah kasut anda pernah hilang ketika di masjid atau dimana-mana sahaja?
Terbaharu, sebuah video memaparkan seorang lelaki yang dipercayai mencuri kasut dan selipar di sebuah kuarters di Putrajaya dapat dirakam kamera litar tertutup (CCTV), dengan mukanya terpampang jelas.
Hati-hati & waspada warga Putrajaya pic.twitter.com/1d0LpJV3wB
— Putrajayaku (@putrajayaMY) May 24, 2022
Difahamkan, lelaki tersebut telah melakukan kegiatan tersebut berbulan-bulan menggunakan pakaian seragam yang sama dan tidak menyedari terdapat CCTV di rumah tersebut.
Menerusi video tersebut, pada awalnya lelaki itu memerhatikan keadaan sekeliling sebelum menceroboh pada bahagian pintu sebuah rumah. Lalu, dia mengambil beberapa pasang kasut sebelum beredar dan memasukkan kasut-kasut yang diambilnya ke dalam satu beg plastik hitam yang dia bawa bersama.
Video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan ada pengguna lain yang mendakwa kejadian berkenaan bukanlah kali pertama berlaku di kawasan itu dan lelaki itu gemar melakukan aktiviti mencuri sejak beberapa bulan lalu.
Nape la wujud orang camni.Sakit otak tgk ??♀️ https://t.co/pZVHTSosbY
— Syahidah Jual Fidelia & Nada Senja ? (@SyahidahDarmawi) May 25, 2022
Rupanya kasut parents aku yang hilang beberapa tahun lepas sebab dia ni lah yang curi ? https://t.co/MX3QLLvt99
— ALissaaa (@WanNurAlissa) May 24, 2022
Bukan itu sahaja, para netizen juga berasa pelik kenapa masih ada individu mahu mencuri sedangkan itu perbuatan yang salah. Malah, rata-rata netizen juga berharap lelaki itu dapat ditangkap dan dihukum dengan segera agar sedar perbuatannya salah.
Reaksi beberapa warga maya
Terima kasih kerana sudi membaca!
Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply