
MESKIPUN banyak spesis hidupan yang berada di planet Bumi ini telah berjaya dikenalpasti, terutamanya hidupan di darat, namun sebenarnya masih banyak lagi spesis hidupan di muka Bumi ini yang masih belum dapat dikenalpasti.
Baru-baru ini, seorang lelaki dari Sunshine Coast, Australia telah membuat satu penemuan yang mengejutkan hingga menjadi tular di segenap media sosial.
Lelaki yang dikenali sebagai Alex Tan itu telah menemui bangkai makhluk misteri berkaki empat dan berwajah pelik yang terdampar di tepi pantai. Makhluk yang ditemuinya itu kelihatan mempunyai ekor panjang seakan tikus gergasi yang mempunyai tangan seakan manusia!
“Saya menemui sesuatu yang pelik. Ia seperti sesuatu yang anda lihat apabila seseorang mendakwa bahawa mereka menemui makhluk asing”
Alex kemudiannya mengambil video bangkai makhluk tersebut dan berkongsikannya penemuannya itu di akaun Instagramnya. Alex berpendapat pada awalnya dia menyangaka haiwan itu mungkin ialah seekor Oposum, namun menurutnya apa yang dilihatnya itu adalah berbeza dengan Oposum yang pernah dilihatnya sebelum ini.
Perkongsian Alex itu telah mencuri perhatian ramai pengguna media sosial yang kemudian turut membuat spekulasi bahawa makhluk tersebut kemungkinan makhluk asing yang berasal dari angkasa lepas!
Russell Bicknell, seorang marine biologist di University of New England in Australia berpendapat bahawa makhluk yang ditemui Alex itu mungkin adalah kanggaru atau walabi.
Sandy Inglesbly, mammalogist dari Muzium Australia pun berpendapat makhluk tersebut ialah haiwan yang dipanggil Possum.
Terima kasih kerana sudi membaca!
Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply