Netizen Persoal Apa Keperluan Jovian Ikut Rombongan PM ke Jepun

Netizen Persoal Apa Keperluan Jovian Ikut Rombongan PM ke Jepun

PERDANA MENTERI, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di ibu negara Jepun pada 23 Mei lalu bagi memulakan lawatan kerja rasmi ke Jepun, dengan beberapa pertemuan berprofil tinggi diatur bagi memenuhi lawatan enam hari itu.

Menurut Berita Harian, pertemuan ini akan memberi peluang kepada Malaysia dan Jepun berbincang mengenai inisiatif mengukuhkan lagi hubungan sedia ada antara dua negara dan kolaborasi pelbagai bidang.

Namun, apa yang kurang senang dari lawatan ini adalah apabila netizen mula persoalkan kehadiran Jovian Mandagie dalam lawatan rasmi Ismail Sabri ke Jepun selepas salah satu gambar yang dimuat naik oleh laman berita Bernama tular di media sosial.

Dalam gambar tersebut, kelihatan Jovian yang memakai sut kelabu gelap, berkaca mata serta memakai pelitup muka keluarannya sendiri.

Beliau yang juga menantu Ismail Sabri turut memuatnaik satu Instagram Story yang menunjukkan keberadaan beliau di Jepun. Namun Stories itu kemudiannya dipadam selepas netizen mempersoalkan kehadiran beliau di sana.

Untuk rekod, sehingga kini tiada apa-apa kenyataan daripada Jovian mahupun pihak berwajib mengenai keperluan Jovian mengikuti lawatan rasmi Perdana Menteri ke Jepun.

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*