“Belum Pakai Tudung Tapi Sudah 3 Kali Ke Mekah” Kenyataan Ifa Raziah Dibidas Ustazah Asmak Husin

"Belum Pakai Tudung Tapi Sudah 3 Kali Ke Mekah" Kenyataan Ifa Raziah Dibidas Ustazah Asmak Husin

SEBELUM ini, tular rakaman video yang memaparkan Ifa Raziah yang sedang mengupas isu menutup aurat dan makanan halal. Walaupun belum menutup aurat dengan sempurna tetapi dia menyatakan bahawa sudah tiga kali dijemput Allah SWT ke tanah suci Mekah.

Tambahnya, menutup aurat bukan bermakna sudah patuh dengan suruhan Allah SWT. Malah, Ifa juga menegaskan bahawa restoran makanan Cina yang dikunjunginya di Butterworth, Pulau Pinang itu mempunyai Sijil Pengesahan Halal.

Rakaman yang tular

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ifa Raziah menerusi video yang tular itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen. Susulan isu tersebut, ustazah Asmak Husin di Facebook miliknya memberi teguran buat Ifa Raziah.

“Menjadi tetamu Mekah untuk mendapatkan Haji/Umrah mabru bukan untuk dibanggakan. Kayu ukur adakah haji kita itu mabrur atau tidak dilihat selepas kepulangan kita daripada tanah suci sama ada terdapat peningkatan atau perubahan dalam diri kita terutama akhlak dan ibadat.” kata ustazah Asmak

Kenyataan balas dari Ustazah Asmak di Facebook

Menurut ustazah Asmak, bertudung itu wajib bagi setiap wanita dan hukumnya berdosa jika meninggalkan suruhan Allah. Malah, ustazah Asmak turut menyentuh tentang istidraj yang bermaksud kurniaan Allah berikan tanpa putus kepada seseorang walaupun dia bukanlah seorang hamba Allah yang taat.

Bukan itu sahaja, Ustazah Asmak juga mengatakan setiap individu haruslah berusaha mengikuti segala suruhan Allah kerana kita semua akan ke liang lahad.

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*