Pemilik Rumah Terkejut Rumah Didiami Penyewa Wanita Sudah Macam Tongkang Pecah

Pemilik Rumah Terkejut Rumah Didiami Penyewa Wanita Sudah Macam Tongkang Pecah

SEORANG lelaki pemilik rumah yang menyewakan rumahnya kepada seorang wanita tergaman apabila memeriksa dan mendapati bilik yang disewakan kepada seorang penyewa wanita ini berada dalam keadaan yang terlalu kotor dan berselerak.

Menurut lelaki itu, penyewa wanita itu luarannya nampak bergaya dan selalu memakai solekan yang lawa tetapi apabila melihat keadaan rumah, boleh sakit jantung dibuatnya.

Ikuti perkongsian lelaki itu di bawah:

Sakit jantung abang pagi tadi. Lokasi abang rahsiakan demi menjaga aib. Disebab ada kerosakan paip, air dari sistem pembentungan melimpah keluar. Jadi, abang terpaksa masuk ke bilik penyewa ini (dah minta izin). Tapi dia macam berat sikit nak bagi masuk, katanya bersepah.

Ini bukan bersepah dah ni, tetapi ini rumah sampah! Sempatlah jumpa dua tiga ekor setan dalam bilik ini tadi.

Sedih, sakit hati dan kecewa. Tak tahulah apa yang abang rasa sekarang. Semuanya ada. Ini penyewa yang masih menyewa dan sangat teruk tahap pengotor dia.

Dan paling sedih, dia seorang perempuan yang luarnya mekap lawa, wangi dan bergaya tetapi pada hakikatnya?

Please lah jangan k*hwin dengan dia ni…

Ini takde abang nak cover ke apa. Bra, spender bersepah, makan bersepah. Kuah apa entah tumpah di lantai. Plug tak tutup. Yang paling geli, pantiliners dia buang atas lantai saja.

Korang tengoklah dalam setiap gambar. Boleh bayangkan tak manusia hidup dengan setan macam mana?

Abang cukup-cukup menjaga rumah abang supaya tak ada maksiat, supaya tak ada benda tak elok yang berlaku.

Adoilah, nak dirotan kang, anak orang. Harap abang ceramah kat WhatsApp dia boleh sedarlah. Ke nak abang hantar suara azan kat voice WhatsApp sekali?

p/s: Tak kira la rumah sendiri atau sewa, sentiasalah jaga kebersihan di mana-mana!

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*