
TULAR pada hujung minggu lalu di Kuala Lumpur selepas berlangsungnya sebuah acara Anime Fest 2022 di mana terdapat sejumlah besar individu menyertainya bersama-sama pakaian menyerupai karakter anime pilihan.
Dalam pada itu, di sebalik acara yang dijalankan, tular tindakan seorang individu yang dilihat mahu tampil berbeza daripada kebiasaan di mana beliau memilih cosplay Big Smoke selaku salah satu karakter berpengaruh dalam permainan Grand Theft Auto: San Andreas.
Rakaman yang tular
Meskipun hanya untuk diperagakan sebagai cosplay, tindakan yang dilakukan jelas salah menurut undang-undang di Malaysia. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Fakhrudin Abdul Hamid, berkata siasatan mengenainya dibuka mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Katanya, polis juga giat mengesan pemilik akaun laman sosial itu dan individu yang terbabit dalam rakaman video berkenaan.
Difahamkan rakaman video tersebut tular di laman sosial memaparkan seorang lelaki sedang berjalan sambil menyelak baju hingga menampakkan objek menyerupai senjata yang diselit pada seluarnya.
Antara rakaman lain yang tular
Lebih merisaukan ramai, tindakan lelaki dengan cosplay Big Smoke ini memegang senjata menyerupai pistol dan mengacukannya di kalangan orang ramai di pusat membeli belah nyata membuatkan orang ramai berasa tidak selesa.
Menerusi komen daripada para netizen di TikTok, rata-rata memberi komen yang berkait dengan game berkenaan. Tidak kurang juga yang memaklumkan kesalahan yang dilakukan lelaki berkenaan.
Melihat kepada insiden yang berlaku, diharap orang ramai yang berminat untuk menggayakan sesebuah karakter atau cosplay perlu memikirkan terlebih dahulu soal keselamatan dan undang-undang agar tidak menganggu orang ramai khususnya di kawasan khalayak ramai.
Reaksi beberapa warga maya
Terima kasih kerana sudi membaca!
Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply