Ucapan “Terima Kasih” Pemandu Ambulans Kepada Pemandu Triton Buat Ramai Tersentuh

Ucapan “Terima Kasih” Pemandu Ambulans Kepada Pemandu Triton Buat Ramai Tersentuh

SEJAK kewujudan aplikasi TikTok, ramai orang berkongsi video-video yang terakam semasa melakukan tugasan sebagai satu kenangan atau pengajaran kepada orang ramai.

Jika sebelum ini ramai pemandu ambulans terpaksa berhadapan dengan pemandu lain yang tidak beretika dengan menghimpit rapat dari belakang atau menghalang laluan di hadapan, lain pula pengalaman seorang pemandu ambulans pada kali ini.

Baru-baru ini ada seorang pemandu ambulans telah berkongsi rakaman video sebuah pacuan empat roda Mitsubishi Triton telah membantu ambulans “membuka jalan” bagi memudahkan ambulans ini menuju ke lokasi dengan lebih lancar dan cepat. Video di akhir artikel ini.

Perkongsian video tersebut telah mendapat lebih 150,000 tontonan dan 500 komen daripada orang ramai. Mereka menyatakan sangat berbangga dengan tindakan pemandu Triton tersebut.

Pada masa sama juga, orang ramai berasa terharu apabila pemandu ambulans mengucapkan terima kasih kepada pemandu Triton kerana memudahkan perjalanannya.

Ada juga diantara mereka yang baru tahu bahawa selain mempunyai siren pada sebuah van ambulans, ia turut dilengkapi dengan pembesar suara untuk membuat pengumuman.

Terima kasih diucapkan kepada pemandu Triton tersebut kerana membantu melancarkan perjalanan abang ambulans ini supaya dapat sampai ke destinasi dengan lebih cepat.

Semoga perkongsian video oleh abang ambulans ini dapat beri kesedaran kepada orang ramai betapa pentingnya sifat bertimbang rasa untuk memberikan laluan semasa mereka di dalam situasi kecemasan.

Reaksi beberapa warga maya

SUMBER GAMBAR: TIKTOK PAPAMAYYA
SUMBER GAMBAR: TIKTOK PAPAMAYYA
SUMBER GAMBAR: TIKTOK PAPAMAYYA
SUMBER GAMBAR: TIKTOK PAPAMAYYA
SUMBER GAMBAR: TIKTOK PAPAMAYYA

Rakaman yang tular

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*