“Saya Tak Marah” Pak Cik Shell Jelaskan Sebab Pekerjanya Tertidur Semasa Bertugas

"Saya Tak Marah" Pak Cik Shell Jelaskan Sebab Pekerjanya Tertidur Semasa Bertugas

SEBELUM ini tular satu rakaman video yang dirakam oleh pelanggan salah sebuah stesen minyak Shell cuba mengejutkan pekerjanya yang tertidur semasa bertugas ‘shift malam’ sekitar jam 3.50 pagi.

Baru-baru ini Pak Cik Shell telah tampil membuat penjelasan menerusi satu hantaran Instagram. Beliau meminta maaf terlebih dahulu kerana pelanggannya terpaksa menunggu pada waktu itu.

Menurut Pak Cik Shell, pekerja itu dipercayai keletihan selepas membantu ibunya meniaga di pasar pada awal pagi. Ekoran video yang tular itu, pekerja itu telah dihantar untuk buat pemeriksaan kesihatan dan majikannya telah memberikan cuti seketika untuk dia berehat.

Rakaman yang tular

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shairan Huzani (@pakcikshell)

Perkongsian video itu telah menerima maklum balas positif dan pujian daripada netizen yang mana merasakan pekerja itu beruntung kerana mendapat majikan yang sangat bertanggungjawab dan memahami situasi sebenar pekerja.

Tambah netizen lagi mereka memuji pekerja itu kerana sanggup melakukan lebih daripada satu pekerjaan bagi menampung perbelanjaan keluarganya. Orang ramai juga mendoakan agar pekerja tersebut kembali pulih dan dapat terus berkhidmat dengan baik.

Warganet juga memesan agar orang ramai perlu ‘berfikir panjang’ terlebih dahulu sebelum menularkan satu-satu video ke media sosial. Bak kata Pak Cik Shell

“Kami beroperasi oleh sekumpulan warga Malaysia yang kuat bekerja, untuk warga Malaysia yang lain. Itulah hakikat kehidupan yang kita tak nampak.”

Reaksi beberapa warga maya

SUMBER GAMBAR: INSTAGRAM @PAKCIKSHELL
SUMBER GAMBAR: INSTAGRAM @PAKCIKSHELL
SUMBER GAMBAR: INSTAGRAM @PAKCIKSHELL

SUMBER GAMBAR: INSTAGRAM @PAKCIKSHELL

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*